window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengecualian SST tinggal lagi 1 hari, pengedar kereta terima 50% lonjakan tempahan di saat akhir

Faisal ยท Jun 28, 2022 06:00 PM

Pengecualian SST tinggal lagi 1 hari, pengedar kereta terima 50% lonjakan tempahan di saat akhir 01

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, pengecualian cukai jualan SST untuk pembelian kereta akan berakhir. Disebabkan itu, pengedar-pengedar kereta kini dilaporkan bekerja sampai lebih masa bagi menampung bilangan tempahan yang meningkat sehingga 50%.

Menurut seorang jurujual Honda dari Tenaga Setia Resources, cawangan itu sedang sibuk mendaftar sehingga 900 kereta supaya pembeli dapat menikmati harga yang dikecualikan SST.

Pengecualian SST tinggal lagi 1 hari, pengedar kereta terima 50% lonjakan tempahan di saat akhir 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata beliau, dengan jumlah tempahan yang begitu luar biasa, tempoh menunggu untuk mereka yang tempah sekarang akan mengambil masa sehingga 2 ke 6 bulan. Apapun, pelanggan yang menempah sebelum 30 Jun tetap dikecualikan SST.

Menariknya, walaupun kerajaan mengumumkan lanjutan untuk tempoh pendaftaran, tempahan harian buat cawangan itu tetap meningkat 30% (40 tempahan setiap hari).

Pengecualian SST tinggal lagi 1 hari, pengedar kereta terima 50% lonjakan tempahan di saat akhir 01

Selain itu, jurujual Mazda di pengedar Taman Tun Dr Ismail juga berkata bahawa cawangan itu mengalami peningkatan jumlah pelanggan sehingga 50%. Setiap hari pula, sebanyak 15 tempahan dapat dikutip.

Pada masa yang sama, jurujual Proton di MC Motors, Setapak turut memberitahu bahawa cawangan itu merekodkan peningkatan tempahan sehingga 50% sejak lanjutan tempoh pendaftaran kereta diumumkan. Mereka sekarang ini pula menerima kira-kira 30 tempahan setiap hari.

Pengecualian SST tinggal lagi 1 hari, pengedar kereta terima 50% lonjakan tempahan di saat akhir 02

Jadi, anda yang hendak membeli kereta dengan penjimatan pengecualian SST hanya ada masa lagi 1 hari sahaja untuk membuat tempahan. Kereta dapat lewat tidak mengapa kerana kerajaan bagi tempoh sampai 31 Mac 2023.

Juga bacaTempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Sumber: The Star

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda