Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia?

Faisal · Mar 2, 2021 10:00 AM

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 01

Minggu lepas, Peugeot telah merasmikan logo dan identiti jenama yang baru. Untuk pengetahuan anda, pembaharuan ini sudah masuk kali ke-11 sejak jenama Peugeot ditubuhkan.

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 02

Menurut Peugeot, identiti terbaru mereka akan beransur pada bahagian komunikasi dan pengedaran bermula akhir bulan ini. Secara keseluruhan, pembaharuan ini disasarkan selesai menjelang tahun 2023.

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 01

Berdasarkan sumber yang sah, model pertama yang akan memakai logo baru ialah Peugeot 308 generasi ke-3. Hatchback segmen C tersebut bakal diperkenalkan di Eropah pada akhir bulan ini.

Bagaimana dengan Malaysia?

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 02

Secara keseluruhan, jenama Peugeot agak hambar di bawah syarikat Nasim Sdn Bhd – anak syarikat Naza.

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 03

Tetapi pada Disember yang lalu, pengedaran jenama ini telah diambil alih oleh Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB). Untuk maklumat anda, syarikat terbaru ini dimiliki oleh Berjaya Corp Bhd dan Bermaz Auto Bhd.

Dengan prestasi syarikat Bermaz yang terbukti cemerlang dalam meningkatkan bahagian pasaran Mazda, nampaknya Peugeot di Malaysia bakal dinaik taraf secara drastik.

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 04

Khabarnya, model pertama yang bakal dilancarkan oleh mereka ialah Peugeot 508 dan Peugeot 2008 serba baru. Kalau anda perasan, kelibat kedua-dua model (CKD) ini telah kerap kali dilihat di Malaysia. Nampaknya, BAASB betul-betul bekerja keras untuk menaikkan jenama ini.

Pengedar & logo baru, mampukah Peugeot ‘tawan’ pasaran Malaysia? 05

Untuk pengetahuan anda, kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun kini diurus oleh PSA Group. Buat masa ini, kilang tersebut memasang Peugeot 3008 dan Peugeot 5008. Malah, kedua-dua model ini turut dieksport ke Thailand.

Dengan adanya pengurusan dan logo yang baru, mampukah jenama ini menduduki tangga yang lebih atas di pasaran Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Sehingga 20% lebih tinggi berbanding harga biasa

2018 Peugeot 2008 1.2 PureTech

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru