window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain

Faisal Β· Sep 27, 2021 02:00 PM

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 01

Ogos yang lalu, BMW Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan memasang pengecas pantas DC pada semua pengedar BMW di seluruh negara. Kemudahan itu akan dirasmikan pada tahun 2022. Menariknya, ia nanti boleh diguna oleh kesemua jenama kereta elektrik selain BMW (dan MINI).

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 02

Encik Sashi Ambi, selaku Ketua Komunikasi Korporat BMW Malaysia berkata, ”Adalah tidak wajar untuk mengehadkan infrastruktur kenderaan elektrik di Malaysia. Malah sewaktu kami pelan untuk kenderaan hibrid jenis plug-in, ia sebenarnya tidak dikhaskan untuk BMW sahaja.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Untuk menjadi peneraju dari segi teknologi ataupun intrastruktur, kadangkala kita perlu lihat sesuatu benda secara meluas dan terbuka. Inilah apa yang akan kami laksanakan buat BMW i dan infrastruktur elektromobil di Malaysia.”

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 01

Pengecas BMW yang ada di Bangsar Shopping Centre terbuka untuk semua.

Sashi sempat mengulas bahawa BMW iX yang diperkenalkan tempoh hari berjaya mengutip sehingga 100 tempahan dalam masa tujuh hari.

Juga bacaPenangan BMW iX 2021 di Malaysia, cecah 64 tempahan dalam masa 5 hari!

Kata beliau juga, 6 ke 8 bulan akan datang adalah masa yang ditunggu buat peminat EV di Malaysia.

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 02

Walaupun terdapat penangguhan dari segi pengumuman kerajaan mengenai Malaysia’s Low Carbon Mobility, BMW Malaysia tetap teguh dalam menjadikan BMW (dan MINI) sebagai peneraju syarikat automotif berteknologi hijau.

Secara umumnya, pengecas pantas DC dicipta untuk mengecas bateri secara cepat. Untuk BMW iX xDrive40 (bermula RM 435,800), pengecasan 10 minit sahaja dah memberi 90 km jarak pemanduan.

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 435k

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 03

Pengecas BMW i Wallbox jenis AC.

Bagi anda yang belum tahu, kereta EV boleh dicas samada melalui arus Alternating Current (AC) atau Direct Current (DC). Untuk makluman anda, arus yang diguna oleh sumber kuasa di rumah kita adalah jenis AC.

Kiranya untuk di rumah, BMW iX xDrive 40 yang menggunakan bateri berkapasiti 76.6 kWj akan mengambil masa 7 jam untuk satu cas yang penuh.

Pengedar BMW Malaysia baik hati, pengecas pantas DC boleh diguna oleh EV jenama lain 04

Rangkaian pengecas Ionity jenis DC di Eropah.

Pengecas DC pula jauh lebih pantas tetapi ia memerlukan peralatan yang lebih mahal. Secara amnya, satu cas penuh menggunakan pengecas DC pada BMW iX XDrive 40 mengambil masa tidak sampai 1 jam.

Juga baca: BMW iX3 facelift 2021 bakal tiba di Malaysia, 286 PS, jarak pemanduan 460 km

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia