window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1

Mersita · Aug 13, 2020 05:00 PM

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 01

Kereta ‘touring’ selalunya memaparkan sedan biasa yang selalunya dibeli untuk kegunaan seharian. Ada beberapa buah kereta yang akhirnya jadi lagenda ikonik di DTM Jerman, JTCC Jepun, dan juga Australian V8 Supercars. Tapi, tiada yang dapat mencapai tahap transformasi sebenar selain daripada British Touring Car Championship (BTCC).

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 02

Banyak kereta-kereta biasa berjaya menjadi ikon kerana BTCC. Siapa yang tak kenal ikon-ikon seperti Volvo 850 Wagon dengan warna lambing Securicor biru-putih atau Alfa Romeo 155 merah-putih? Walaupun BTCC berlangsung sejak 1950-an, tahun 1990-an adalah zaman kemuncaknya.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 03

Dengan undang-undang baru yang membenarkan kapasiti enjin sehingga 2.0 liter untuk bertanding di BTCC, kereta-kereta Super Touring baharu ini semakin maju kehadapan. Ini membuatkan pembuat kereta bergegas untuk bersaing antara satu sama lain dalam memastikan kereta touring jenis standard yang boleh dibeli oleh orang ramai bersiap-siaga untuk dijual setelah perlumbaan ini berakhir.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk memasarkan kereta mereka. Menjelang awal era 2000-an, Proton belum lagi menawan hati rakyat Britain. Zaman dimana jenama Malaysia menjadi kereta popular di negara Inggeris itu sudah lama berlalu. Proton Waja yang dilancarkan pada tahun 2001 sebagai Impian sepatutnya menarik lebih banyak perhatian dan peminat. Tapi malangnya, ia tidak membuahkan hasil.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 01

Pada tahun 2001, Proton membuat keputusan untuk bertanding di BTCC musim seterusnya dengan membawa Impian. Tapi, ini sebenarnya bukanlah usaha Proton semata-mata. Seperti yang ditulis oleh rakan penulis kami tentang Proton PERT yang ditinggalkan dan hampir dilelong baru-baru ini, fokus Proton dalam program sukan permotoran sebenarnya adalah sukan rali. Program BTCC sebenarnya buah fikiran Petronas yang bertanding di bawah nama pasukan Petronas Syntium Proton (PSP).

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 02

Sejak dari mulanya, ini adalah satu perjalanan yang sukar bagi pasukan PSP. Memandangkan ia agak sukar untuk mengimpot bahagian badan kereta dari Malaysia, pasukan ini membeli Impian dari pengedar Proton di sana dan memodifikasinya dari awal. Tapi, kereta sebegini bukanlah dibina khas untuk perlumbaan sukan motor ‘close contact’.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 03

Walaubagaimanapun, pasukan tersebut berjaya menyiapkan kereta tersebut untuk perlumbaan musim 2002. Impian BTC-T dikuasakan dengan enjin 2.0 liter yang diambil dari Renault dan ditala oleh pakar ‘tuning’, Mountune, dipadankan pula dengan transmisi 6 kelajuan yang dibekalkan oleh Xtrac.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 04

Barisan pesaingnya antaranya adalah EP3 Civic Type R, BMW E46 3-Series, dan Renault Clio 176. Pasukan PSP berjaya merangkul tempat keempat, atau tempat terakhir di kalangan pasukan produksi yang lain.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 05

Walaupun musim pertamanya kurang memuaskan, tapi pasukan ini berjaya mencapai beberapa ‘podium finishes’ dalam musim pertamanya. Kejayaan ini disumbang oleh David Leslie yang pernah membantu Nissan memenangi anugerah pembina pada tahun 1999. Malangnya, beliau tidak dapat mengulangi semula kejayaannya dengan Proton dan beliau meninggalkan pasukan tersebut selepas musim tahun 2003. Beliau meninggal dunia pada tahun 2008 dalam kemalangan melibatkan kapal terbang peribadi.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 06

Pada tahun 2004, PSP memperkenalkan dua pemandu baru. Salah seorang daripadanya ialah Fariqe Hairuman yang menjadi pemandu Malaysia pertama untuk bertanding dalam BTCC. Musim pertama beliau yang juga musim terakhir bagi PSP berakhir dengan kegagalan kerana pasukan terseut tidak mencatatkan sebarang kemenangan mahupun ‘podium finishes’ disamping berada di tempat terakhir bagi 3 tahun berturut-turut. PSP menarik diri daripada BTCC dan Impian pun tidak pernah dipertandingkan di Britain.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 07

Tetapi, dalam Asian Touring Car Championship (ATCC) pula, PSP menebus kekalahan mereka dengan bertanding dengan Proton, kini dilencanakan semula sebagai Waja. Dengan Farique yang memandu, Waja terbukti cukup kompetitif dan beliau berjaya merangkul tempat kedua bagi pasukannya pada tahun 2005 dan 2006. PSP akhirnya merehatkan Waja pada tahun 2007, menukarnya dengan BMW berspesifikasi Super-2000 dan Fariqe berjaya memenangi anugerah pemandu ATCC pada tahun tersebut.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1 08

Pengembaraan Proton di BTCC bukanlah satu kejayaan dengan Waja. Akan tetapi, mereka adalah pasukan yang masih mentah tapi bersemangat yang patut diraikan dan disokong sepenuh hati. Pengembaraan Proton bukannya berakhir di sini. Lain kali, kami akan ceritakan lagi cubaan kedua mereka di BTCC.

Ikuti laman Facebook kami, WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda