window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2

Mersita · Aug 14, 2020 05:00 PM

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 01

Dalam entri lepas, kami sudah bincangkan tentang cubaan pertama Proton dalam British Touring Car Championship (BTCC). Kali ini, keadaannya lebih berbeza bagi Proton di UK dan juga BTCC secara keseluruhannya.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 02

Di sini Petronas hanyalah sebagai penaja

Kemuncak zaman 90-an yang menyaksikan pasukan dan pembuat kereta bersaing antara satu sama lain telah menjadi semakin berfokus kepada akar umbi pasukan/pertandingan pada era 2010-an.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 03

Toyota Avensis NGTC

Jumlah pembuat kereta yang bertanding dalam anugerah pembina juga semakin berkurangan disebabkan oleh kos pembiayaan pasukan yang sangat tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, badan pengurusan BTCC melancarkan Next Generation Touring Cars (NGTC) yang lebih murah berbanding kereta S2000 yang lama.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

NGTC baru membolehkan lebih banyak pembuat kereta dan pasukan persendirian untuk mengambil bahagian, bermula pada musim tahun 2011. NGTC terhad kepada enjin 2.0 liter dengan janaan kuasa sekitar 304 PS.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 01

Alamak...

Manakala, hero kita iaitu Proton pula tidak begitu menyerlah di UK. Jualan di Kepulauan British semakin menurun dan model-model mereka tidak cukup menarik bagi orang Inggeris.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 02

Pada masa inilah munculnya Daniel Welch, anak kepada pemandu rallycross British iaitu John Welch. Welch Jr. adalah seorang pelumba yang sangat berpengalaman. Beliau pada mulanya menceburi dunia perlumbaan di Formula Vauxhall pada tahun 2000 sebelum beralih ke Formula Renault, SEAT Cupra Cup, dan SEAT Leon Eurocup.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 03

Karier beliau di BTCC bermula pada tahun 2011 di bawah pasukan keluarganya, Welch Motorsports. Disebabkan oleh penangguhan, pasukan tersebut dapat memasuki musim hanya pada pusingan keenam di Snetterton dengan kereta Proton Gen-2. Mereka hanya beroleh 1 mata.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 04

Pada tahun 2012, Welch Motorsports mula bertanding dengan Proton Persona NGTC dengan tajaan yang dibiayai oleh Sopp+Sopp, pakar kemalangan motor. Kereta touring Persona dikuasakan dengan enjin 2.0 liter yang dibekalkan oleh Swindon Engines.

Kali ini, Welch Motorsports menunjukkan prestasi yang lebih baik, dimana Daniel Welch berjaya merangkul tempat ke-15 secara keseluruhannya pada penghujung musim perlumbaan tersebut.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 05

Gambar wajib kereta touring 2 tayar

Welch Motorsports kekal menggunakan Persona sehingga tahun 2016 apabila Proton keluar daripada pasaran British. Sepanjang 4 musim tersebut, Persona berjaya memperolehi beberapa poin untuk pasukan tersebut, tapi ia betul-betul ‘underpowered’ dan tidak boleh diharap.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 06

Oleh itu, peluang kedua Proton di BTCC berakhir dengan teruk, sama seperti kali pertama mereka. Tapi, benarkah ini kesudahannya? Sebenarnya, cubaan kedua Proton pada masa itu bukanlah satu usaha profesional seperti cubaan pertamanya. Mereka tiada sokongan korporat dan kekal ‘independent’.

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 07

Ollie Jackson, rakan pasukan Welch pada tahun 2014

Agak menarik yang Welch Motorsports mengembalikan Proton di BTCC. Pasukan tersebut pernah melengkapkan perlumbaan di tempat keempat dan berada di hadapan pasukan juara bertahan!

Pengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2 08

Semangat jitu mereka juga boleh disaksikan dalam satu siri dokumentari yang dihasilkan oleh Welch Motorsports dimana mereka menunjukkan beberapa futej belakang tabir pada musim 2013 mereka, dimana pasukan ini merangkul tempat ke-12 dan Welch berada di tempat ke-18.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda