Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan?

Zamil Syaheer · Aug 25, 2021 02:00 PM

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 01

Imej lakaran daripada Best Car Web

Pada bulan Jun, Honda mengumumkan bahawa Honda Odyssey akan dihentikan di Jepun pada bulan Disember 2021. Ini menandakan berakhirnya minivan yang pernah suatu ketika begitu popular dan berevolusi, dan banyak pengedar Honda di Jepun tidak gembira dengan berita ini.

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 02

Penghentian model Odyssey ini adalah kerana penutupan kilang Honda di Sayama yang sudah uzur. Kilang yang beroperasi sejak 1964 juga menghasilkan Legend and the Clarity.

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 03

Secara amnya, perkara ini tidak boleh diterima oleh sesetengah orang memandangkan Honda Odyssey baru sudah diperbaharui pada akhir tahun 2020 dengan ciri baru seperti bukaan pintu automatik dengan kawalan isyarat tangan.

Mungkin atas desakan pelbagai pihak dan peminat, Honda sedang mempertimbangkan pengganti Odyssey yang dikatakan akan dilancarkan pada akhir 2022.

Juga baca: Honda Odyssey 2021: Kini dengan brek parkir elektronik (EPB) dan pintu gelangsar dengan kawalan isyarat

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 01

Honda Stepwgn Spada

Menurut laman web Best Car Web, pengganti Odyssey ini mungkin lebih tinggi daripada model terkini dan akan menjadi model lebih besar berbanding Stepwgn. Bercakap mengenai Stepwgn pula, kedua-dua penawaran MPV dari Honda ini tidak setanding dengan penawaran Toyota (Voxy dan Alphard) dari segi penjualan.

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 02

Pintu belakang "Waku-Waku" di Stepwgn, senang nak masuk ke barisan ketiga.
Data penjualan JADA H1 2021
Model Unit terjual Posisi
Toyota Alphard 56,778 3rd
Toyota Voxy 41,101 8th
Honda Stepwgn 21,262 17th
Honda Odyssey 10,524 34th

Berdasarkan data penjualan Japan Automobile Dealer Association (JADA) untuk separuh pertama tahun 2021, pasangan MPV Toyota berada di kedudukan Top 10 sementara duo Honda pula di sekitar Top 50.

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 03

Honda Odyssey untuk pasaran Amerika Utara

Oleh kerana masih terdapat permintaan untuk Odyssey, penggantinya sekali lagi mungkin berbeza dengan versi Amerika Utara. Berdasarkan imej lakaran Best Car Web, pengganti Odyssey mungkin akan menggunakan gril depan yang lebih agresif mirip dengan Alphard.

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 04

Dari segi trenkuasa, penggantinya mungkin akan mengekalkan pilihan enjin yang sama. Pilihan enjin yang ada adalah enjin 2.4 liter 4-silinder berkuasa petrol (175 PS / 225 Nm) atau enjin 2.0 liter hibrid petrol-elektrik (145 PS / 175 Nm) dipasangkan dengan 2 motor elektrik (184 PS / 315 Nm).

Pengganti Honda Odyssey akan dilancarkan di Jepun pada tahun 2022, tak jadi dihentikan? 05

Sementara itu, pembeli Malaysia yang menjangkakan kedatangan Odyssey facelift mungkin perlu menunggu lebih lama memandangkan keadaan negara ketika ini yang serba tidak menentu. Walaubagaimanapun, stok masih akan ada walaupun selepas kilang pembuatan ditutup di Jepun.

Juga baca: Honda Odyssey habis dijual di Malaysia; facelift akan datang?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda Odyssey 2.4 EXV

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru