window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023!

Haris · Dec 20, 2022 10:00 AM

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023! 01

SUV Mitsubishi XFC Concept membuat penampilan sulung globalnya di Vietnam Motor Show 2022 yang lepas. Model konsep ini mempamerkan SUV generasi baharu Mitsubishi yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN. Pengeluaran untuk SUV tersebut akan bermula pada Oktober 2023 dengan Indonesia dirancang sebagai hab pengeluarannya, menurut OtoDriver.

Baca: Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Indonesia akan menjadi hab pengeluaran untuk kereta ini, crossover dalam kelas yang sama dengan Honda HR-V,” ujar sumber yang arif mengenai perkara tersebut kepada OtoDriver.

"Rancangan untuk merealisasikannya adalah pada Oktober 2023. Pengeluaran besar-besaran mungkin akan berlaku pada masa ini," tambah sumber itu.

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023! 01

Mitsubishi XFC Concept versi pengeluaran massa akan melengkapkan barisan model jenama Tiga Berlian tersebut yang dijual di rantau ini meliputi Triton, Pajero Sport dan Outlander.

Baca: Mitsubishi ASX tamat pengeluaran, tiada model pengganti?

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023! 02

Berkenaan dengan nuansa rekaan XFC Concept, Mitsubishi menjelaskan bahawa ia direka untuk memudahkan operasi dengan memberikan penglihatan hadapan yang baik dan menjanjikan kabin yang luas, terutamanya bagi mereka yang berada di belakang. Memandangkan ruang dan praktikaliti Mitsubishi Xpander tiada tandingan, XFC mungkin mensasarkan Honda HR-V dalam pembangunannya.

Pengganti Mitsubishi ASX akan dihasilkan di Indonesia, jadi hab pengeluaran ASEAN bermula Okt 2023! 03

Ketika ini, masih belum ada sebarang perincian mengenai spesifikasinya seperti pilihan trenkuasa, tetapi kami menjangkakan Mitsubishi XFC Concept versi pengeluaran akan ditawarkan dalam pilihan petrol biasa dan juga hibrid. Mengenai namanya pula, Mitsubishi mungkin boleh menghidupkan semula nama ASX di ASEAN walaupun nama tersebut digunakan sebagai model rebadge Renault Captur di pasaran Eropah.

Baca: 2023 Mitsubishi ASX generasi baharu didedah - rebadge Renault Captur, selepas bertahun tiada khabar!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mitsubishi ASX 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda