window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus!

Haris · Dec 23, 2021 10:00 AM

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus! 01

Gambar hiasan

Kemaskini terbaru: Pihak Proton telah menghubungi pelanggan sendiri dan bekerjasama dengan pelanggan untuk menangani masalah tersebut.

Seorang pemilik Proton X70 dilaporkan telah menghantar surat aduan rasmi melalui peguam kepada pihak pengurusan Proton. Pemilik tersebut meluahkan rasa kecewa akibat masalah kotak gear ‘tersengguk-sengguk’ pada Proton X70 yang dimilikinya masih tidak selesai.

Pemilik yang hanya dikenali sebagai Summer Yippie Yap juga difahamkan merupakan seorang peguam justeru langkah yang diambil melalui saluran undang-undang adalah langkah yang tepat dengan profesionnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Surat aduan tersebut dikirim kepada Ketua Pengarah Eksekutif, Proton Edar Sdn Bhd yang beralamat di ibu pejabat Proton Centre of Excellence yang bertempat di Shah Alam (Shah Alam Expressway).

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus! 01

Tangkap layar surat aduan melalui peguam

Tidak kurang juga, ramai yang turut berkongsi nasib yang sama apabila model Proton X70 pemasangan import (CBU) terkenal dengan masalah transmisi kotak gear  ‘tersengguk-sengguk’ setelah 3 tahun dalam pasaran. Terdapat kemungkinan bahawa model CBU inilah model yang sama dimiliki oleh pengadu. Walaubagaimanapun, kami percaya bahawa masih ramai pemilik Proton X70 yang tidak mempunyai masalah tersebut dan berpuas hati dengan pemilikan kenderaan mereka.

Pengguna Proton X70 berang ‘gearbox’ rosak tak selesai, hantar surat peguam ke Proton terus! 02

Gambar hiasan

Ini bukan kali pertama ‘surat’ dikirimkan kepada Proton. Sebelum ini, seorang pemilik Proton Exora juga pernah menukilkan satu surat terbuka kepada Proton mengenai masalah ketiadaan alat ganti di pusat servis rasmi. Proton mengambil juga maklum mengenai masalah tersebut dan memberikan sedikit sudut pandangan mereka dalam hal ini.

Baca: Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda