window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengguna RFID berpeluang menang SUV bila lalu MPTC

Mersita · Dec 31, 2021 01:00 PM

Pengguna RFID berpeluang menang SUV bila lalu MPTC 01

Foto utama: NLEX Corp

Pengguna yang melalui mana-mana lebuh raya Metro Pacific Tollways Corporation (MPTC) akan berpeluang untuk memenangi sebuah SUV crossover Geely Okavango Urban serba baru sepanjang kempen promosi 2022 Happy Holideals.

Syarikat konsesi lebuh raya di Filipina itu membuka tawaran ini kepada semua pemegang akaun RFID prabayar Easytrip bagi kenderaan Kelas 1 – 3. Mereka hanya perlu membuat satu perjalanan melalui lebuh raya diuruskan syarikat berkenaan dan mengekalkan baki ‘load’ positif sepanjang tempoh promosi dan tarikh pemilihan pemenang.

Pengguna RFID berpeluang menang SUV bila lalu MPTC 02

Geely Okavango Urban di pasaran Filipina dijual pada harga 1,328,000 Peso (~RM 108,641.67) ketika pelancarannya pada penghujung tahun 2020. Ia didatangkan dengan enjin berpengecas turbo 1.5 liter dipadankan dengan sistem hibrid 48V dengan kotak gear dwi-klac jenis basah 7 kelajuan yang mampu menjana kuasa 190 PS dan tork 300 Nm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengguna RFID berpeluang menang SUV bila lalu MPTC 01

Dua pemenang bertuah akan memenangi SUV 7 tempat duduk keluaran Geely itu manakala 20 pemenang akan menerima hadiah saguhati 100,000 Peso (~RM 8,181.65) setiap seorang. Promosi ini adalah selaras dengan usaha kempen “Road to RFID 100%” oleh syarikat konsesi itu.

Mungkin ramai yang tak tahu, rangkaian lebuh raya bertol MPTC di negara itu sudahpun memulakan fasa peralihan ke RFID sejak tahun lalu setelah mandat dikeluarkan oleh Department of Transportation Phillipines. Peralihan kepada RFID sepenuhnya di laluan bertol dibuat secara berfasa, dan kini difahamkan projek itu telahpun berada di fasa kedua.

Pengguna RFID berpeluang menang SUV bila lalu MPTC 02

Menurut laporan CNN Phillipines, lebih ramai pengguna jalan raya kini memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran tol tanpa tunai secara elektronik.

CEO dan Presiden MPTC, Rodrigo Franco, berkata, berbanding musim perayaan Undas tahun lalu, mereka menyaksikan barisan lebih pendek dan aliran trafik lebih lancar kerana semakin ramai pemandu sudah beralih ke RFID dan juga disebabkan oleh penambahbaikan yang dibuat syarikat itu keatas sistem mereka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda