window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul

Mersita ยท Aug 15, 2020 11:50 AM

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 01

Situasi: Anda memandu seperti biasa dalam keadaan trafik sederhana. Tiba-tiba, kotak terjatuh dari belakang lori di hadapan anda. Refleks semulajadi anda mula bertindak, anda pun menekan brek sepenuh hati, tapi anda sedar yang kereta takkan sempat berhenti. Anda pun memusingkan kereta ke sisi untuk mengelak dari terlanggar kotak tersebut.

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 02

Aksi mengelak halangan ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa Anti-lock Braking System atau lebih dikenali sebagai ABS. Walaupun banyak kereta sekarang telah dilengkapi dengan ABS, tak ramai pemandu yang tahu bagaimana ia berfungsi atau cara ia membantu mereka dalam pemanduan.

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 03

Anda tidak akan dapat melakukan pergerakan ini tanpa ABS

Ada juga yang datang kepada kami dan memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada brek mereka, dimana pedalnya bergegar apabila brek ditekan. Apabila disuruh membuat demonstrasi situasi tersebut, kami hanya dapat katakan yang sistem brek mereka berfungsi dengan baik saja, dan yang itu hanyalah ABS kereta mereka yang sedang menjalankan fungsinya.

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pendek cerita, ABS berfungsi dengan mendenyutkan brek kereta anda apabila kereta mengesan tayar terkunci apabila brek ditekan dengan kuat. Betullah yang pedal brek anda akan bergegar apabila ABS diaktifkan. Dengan mendenyutkan brek kereta, tayar anda akan kekal berputar. Kenapa perkara ini penting? Jika tayar anda terkunci apabila brek ditekan kuat, anda akan hilang kawalan stereng - tak kisahlah betapa kuatnya anda memusing stereng tersebut.

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 01

Dengan memastikan tayar kekal berputar (walaupun setelah dibrek dengan kuat/keras), anda masih boleh menggerakkan kereta anda untuk mengelak halangan apabila kereta tidak sempat dihentikan tepat pada masanya. Lihat video di bawah untuk lihat bagaiman ABS membantu pemandu dalam situasi kecemasan.

Tambahan pula, perlu diingatkan yang apabila anda berada dalam situasi genting, anda harus sentiasa meletakkan tekanan maksima pada brek kereta anda. Semasa saya menjalankan kursus pemanduan pakar, saya selalu berjumpa dengan pemandu yang rupanya tidak menekan brek dengan cukup kuat. Jika anda tidak menekan brek dengan cukup kuat, anda tidak akan dapat mengaktifkan sistem ABS yang boleh menyelamatkan anda.

Penggunaan Anti-lock Braking System (ABS) yang betul 02

Brek dengan sekuat dan sepantas yang boleh

Oleh itu, anda harus sentiasa ingat perkara ini. Jika anda nampak situasi mencemaskan berlaku di hadapan anda, brek sekuat yang boleh dan sepantas yang boleh. Jika anda tidak sempat membrek tepat pada masanya, pusingkan stereng untuk mengelak halangan tersebut SAMBIL mengekalkan tekanan maksima pada brek anda. Jika anda terasa denyutan pada pedal, itu perkara normal. Maksudnya sistem ABS anda sedang bekerja keras dan JANGAN kurangkan tekanan pada brek apabila ini berlaku. ABS akan membantu anda untuk mengelak dengan selamat.

Artikel ini mula-mula ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh rakan penulis kami, Jason. Beliau adalah Pelatih Pemanduan Pakar yang sering dijemput untuk menjalankan kursus pemanduan pakar di Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda