Pengilangan kereta tidak dibenarkan, MITI buat keputusan u-turn

Mersita · Jan 13, 2021 02:00 PM

Pengilangan kereta tidak dibenarkan, MITI buat keputusan u-turn 01

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula diumumkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan Senarai Perkhidmatan Perlu bagi menjelaskan industri-industri penting yang masih dibenarkan beroperasi bagi menjaga kestabilan ekonomi negara dan pekerjaan.

Namun, kemaskini yang dipercayai dibuat lewat 12 Januari 2020 (Selasa) menunjukkan item kedua di dalam senarai tersebut iaitu bagi industri Automotif telah ditukar kepada hanya ‘Pembaikan dan Penyelenggaraan sahaja’. Item yang dikemaskini ialah ini ‘tidak termasuk aktiviti perkilangan automotif’.

Pengilangan kereta tidak dibenarkan, MITI buat keputusan u-turn 02

Perkara ini pastinya akan menjejaskan ramai pengilang-pengilang kenderaan di mana tempahan tertangguh bagi pelbagai model popular yang dilancarkan tahun lepas seperti Honda City sudahpun mempunyai senarai tempahan yang sangat panjang. Tidak dilupakan Honda City RS yang dijangka dilancarkan bulan ini.

Pengilangan kereta tidak dibenarkan, MITI buat keputusan u-turn 01

Namun, perkara ini hanyalah melibatkan kawasan dibawah pelaksanaan PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor, dan Sabah. Ini bermaksud kilang Proton di Tanjung Malim, Perak (yang memasang X50) masih boleh terus beroperasi, namun ada kekangan seperti yang dijelaskan di bawah. Begitu juga dengan kilang Hicom di Pekan, Pahang (yang memasang Xpander), kilang Inokom di Kulim, Kedah, dan kilang Naza di Gurun, Kedah.

Namun, kilang Proton di Shah Alam (menghasilkan Saga dan Exora) dan kilang Honda di Pegoh, Melaka (yang memasang Honda City) terpaksa ditutup kerana negeri ini jatuh dibawah pelaksanaan PKP. Tambahan pula, vendor di kawasan PKP yang membekalkan alatan dan bahagian terpaksa tutup sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Pengilangan kereta tidak dibenarkan, MITI buat keputusan u-turn 02

Pemasangan Proton X50 dibuat di fasiliti Proton Tanjung Malim di Perak. Secara teorinya, produksi masih boleh berjalan seperti biasa. Namun, tanpa bahagian kereta daripada pembekalnya, yang kebanyakannya terletak di Selangor dan Pulau Pinang, Proton masih tidak mampu meneruskan produksi kereta mereka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru