window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengusaha bas sekolah cadang pemeriksaan Puspakom setahun sekali, permit sah 5 tahun

Mersita · Mar 21, 2022 04:00 PM

Pengusaha bas sekolah cadang pemeriksaan Puspakom setahun sekali, permit sah 5 tahun 01

Memandangkan sesi persekolahan sudah bermula dan pelajar mula hadir ke sekolah, pengusaha bas sekolah yang sudah sekian lama ‘direhatkan’ disebabkan oleh pandemik Covid-19 memohon pihak kerajaan untuk memudahkan urusan dan meringankan beban ditanggung mereka.

Salah satu fokus utama dalam permohonan Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) kepada pihak berkuasa ialah mempertimbangkan jadual pemeriksaan bas sekolah di pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom ditetapkan setahun sekali bagi melancarkan urusan para pengusaha.

Pengusaha bas sekolah cadang pemeriksaan Puspakom setahun sekali, permit sah 5 tahun 02

Hj. Mohd Rofik Mohd Yusoff. Kredit foto: Doris Daha

Presiden GPBSM, Hj. Mohd Rofik Mohd Yusoff, berkata, sistem tempahan janji temu atas-talian Puspakom yang digunapakai masa kini agak merumitkan dan memanjangkan proses pemeriksaan bas sekolah pengusaha sekiranya pemeriksaan kali pertama gagal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, sistem yang diubah Puspakom sekarang dilihat menyusahkan pengusaha bas sekolah kerana sistem tempahan janji temu atas-talian kadangkala terhad. Dahulu, prosesnya lebih mudah apabila pengusaha bas sekolah dibenarkan memotong barisan di Puspakom untuk jalankan pemeriksaan kerana berdepan kekangan masa untuk mengambil pelajar balik sekolah.

Baca juga: Tiada peruntukan khusus, pengusaha bas sekolah kecewa dengan Bajet 2022

Pengusaha bas sekolah cadang pemeriksaan Puspakom setahun sekali, permit sah 5 tahun 01

"Jadi apabila kenderaan masuk pemeriksaan, gagal dan keluar, mereka harus menunggu bagi kekosongan tempahan semula untuk pemeriksaan...ini sekali gus menyebabkan ramai pengusaha sudah putus asa kerana terlalu banyak masalah dihadapi bagi meneruskan perkhidmatan bas sekolah," katanya kepada akhbar Bernama pada Ahad.

Selain itu, Mohd. Rofik juga memohon kerajaan untuk membenarkan permit bas sekolah kekal sah selama lima tahun seperti yang dilaksanakan sebelum ini berbanding permit maksimum dua tahun yang dikuatkuasakan masa ini.

Baca juga: Cukai jalan bas sekolah kekal RM 2/tahun, harga takkan naik, pengusaha menarik nafas lega?

Pengusaha bas berharap yang sekolah akan terus dibuka kerana jika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan semula, pengusaha bas akan berdepan masalah kerana tambang bas tidak dibayar penuh, tambahnya lagi.

Sumber: Bernama

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda