window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe?

Zamil Syaheer · Jul 5, 2020 01:30 PM

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 01

Penjajaran roda (wheel/tyre alignment) dapat membantu tayar anda berfungsi dengan sepatutnya, memastikan keempat-empat tayar haus dengan sekata, dan menjadikannya ia tahan lebih lama. Ini adalah proses yang rumit dan setiap pengeluar kereta mempunyai sudut penjajaran mereka sendiri.

Menjaga jajaran roda adalah penting bagi mengelakkan kenderaan anda menarik ke satu arah atau bergetar dengan pelik di jalanraya.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Asas-asas penjajaran roda terdiri dari tiga benda asas iaitu camber, caster, dan toe. Masing-masing mempunyai tujuan dan fungsi tertentu, dan kami akan menerangkannya kepada anda dengan cara semudah mungkin.

Perlu diingat bahawa kereta lumba mempunyai pendekatan yang berbeza dan hampir bertentangan dengan penjajaran roda untuk kereta biasa. Justeru itu, rencana ini hanyalah untuk kereta biasa sahaja.

Apakah itu penjajaran roda dan bila saya perlu memperbaikinya?

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 01

Gambar dari Hunter Engineering.

Penjajaran roda merujuk kepada pelarasan komponen suspensi itu sendiri dan bukannya keatas tayar ataupun roda (pengimbangan roda tidak termasuk sekali). Terdapat beberapa pentunjuk:

  1. Haus tayar tidak sekata
  2. Kenderaan menarik ke kiri atau kanan semasa di jalan lurus
  3. Roda stereng tidak kekal berpusat semasa di jalan lurus
  4. Getaran pada stereng

Apakah itu camber, caster dan toe?

Camber

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 02

Camber adalah sudut kecondongan ke dalam atau ke luar tayar depan seperti yang dilihat dari bahagian depan kenderaan. Terlalu banyak condong ke dalam (camber negatif) atau ke luar (camber positif), menunjukkan penjajaran yang tidak betul.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 03

Sesendi bola (ball joint), tie rod dan bahagian penggantungan roda lain boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan camber.

Camber yang tidak betul boleh menjadikan tayar lebih cepat haus di bahagian luar atau dalam dan ianya juga boleh menyebabkan kenderaan menarik ke sisi yang mempunyai sudut camber paling banyak.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 04

Sebaik-baiknya, anda mahukan camber sifar di keempat-empat roda kerana ini akan menyebabkan haus tayar yang paling seragam dari masa ke masa. Namun begitu, ia akan mengurangkan prestasi semasa mengambil selekoh.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 05

Perhatikan sudut masuk (negatif) roda depan kereta drift Ford Mustang ini.

Pemandu yang sukakan memandu atau pelumba trek akan menambah camber negatif kerana ia akan memaksimumkan tambalan sentuhan tayar untuk kestabilan yang lebih baik semasa mengambil selekoh dengan agresif.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 06

Pada zaman dahulu kala, Bugatti Type 51 Dubos Coupe menggunakan camber positif.

Lupakan camber positif, ia hanya akan mengurangkan pengendalian dan kestabilan untuk kenderaan jalan raya. Sebab itulah anda tidak melihat camber ini pada kereta moden.

Caster

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 07

Caster merujuk kepada sudut yang dibuat oleh titik paksi stereng sama ada ke bahagian hadapan atau ke belakang kereta. Dengan kata yang lebih mudah - gambarkan sisi kenderaan, sekarang bayangkan paksi menegak (garisan) yang bergerak lurus ke tengah roda depan anda.

Caster positif jika garis bersudut ke hadapan dan negatif jika ke belakang. Secara amnya, kereta harian anda menggunakan caster silang, caster neutral atau caster positif, jarang sekali caster negatif.

Caster silang mempunyai kadar caster dan camber yang berbeza di setiap sisi atas alasan keselamatan. Sekiranya pemandu kehilangan kawalan terhadap kenderaan, caster silang akan mengakibatkan kereta menarik ke arah sisi jalan dan bukannya melalui lalu lintas.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 08

Honda Jazz menggunakan caster positif. Lihat perbezaan jarak garis hijau di belakang dan depan.

Sudut caster mempengaruhi tiga perkara – pengendalian stereng, kestabilan dan ketika mengambil selekoh. Caster yang positif menambah sedikit berat/rasa pada stereng dan menstabilkan roda pada kelajuan. Ini membantu memastikan kenderaan bergerak dalam keadaan lurus dan mengembalikan tayar ke posisi tegak ketika keluar daripada pusingan.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 09

Semasa mengambil selekoh, caster meningkatkan lekapan tayar supaya kereta membelok lebih baik dan juga membantu stereng berpusat dengan sendirinya selepas membelok.

Toe

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 10

Toe mewakili sudut tayar ke dalam atau ke luar jika dilihat dari pandangan atas ke bawah pada roda depan - seperti melihat ke bawah pada kaki anda dan memusingkannya ke dalam (kaki-masuk) atau ke luar (kaki-keluar). Kedua-duanya memerlukan pelarasan.

Toe yang betul penting untuk meratakan haus tayar dan memanjangkan hayatnya. Toe-in (toe positif) membolehkan kedua-dua roda sentiasa menghasilkan kekuatan antara satu sama lain, lantas mengurangkan keupayaan memutar.

Walau bagaimanapun, toe-in lebih baik untuk menambah baik pemanduan garis lurus serta mengurangkan oversteer.

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 11

Toe-out (toe negatif) meningkatkan kemampuan kereta mengambil selekoh sambil mengurangkan understeer. Apabila kereta mula membelok, roda dalam akan condong dengan lebih agresif.

Oleh kerana radius putarnya lebih kecil daripada roda luar, ia akan menarik kereta ke arah itu dengan mudah. Namun, ia juga akan menurunkan kestabilan garis lurus.

Konklusi

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 12

Penjajaran roda sangat penting untuk mendapatkan rasa pemanduan yang betul. Mengikuti tetapan yang direka oleh pengeluar kereta adalah mustahak kerana ia mempengaruhi kemampuan memandu, pengendalian, dan prestasi dari tayar anda.

Sebarang penyimpangan dari sudut yang ditentukan boleh mengakibatkan tingkah laku berbahaya dan tidak stabil, terutama pada kereta biasa .

Penjajaran roda (wheel alignment) – apakah itu camber, caster dan toe? 13

Penulis beraksi di litar lumba Sepang. Gambar dari SNmedia.

Untuk pemandu bersemangat atau pelumba trek, penjajaran anda tentu saja berbeza dengan spesifikasi pengeluar kereta tetapi anda perlu tahu apa yang anda lakukan.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat profesional dan buat kajian menyeluruh jika anda berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian sister penggantungan kerana ini akan mempengaruhi camber, caster, dan toe anda.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda