window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penjenayah tak memilih, kereta model lama pun tapau

Mersita · Jul 27, 2020 12:30 PM

Penjenayah tak memilih, kereta model lama pun tapau 01

Siapa kata kereta model lama tak digemari penjenayah? Dalam satu laporan dikeluarkan Bernama, persepsi masyarakat terhadap kereta model lama patut diubah kerana kategori ini juga cukup ‘panas’ dalam pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata model kereta lama buatan tempatan boleh dikatakan sering menjadi ‘pilihan’ penjenayah kerana nilai barang gantian yang terdapat pada kereta itu, selain wujudnya peluang untuk mencuri.

Beliau juga berkata yang kenderaan ini mudah dicuri dengan menggunakan peralatan mudah seperti pembaris. Oleh itu, persepsi “alah, kereta aku model lama, penjenayah pun hilang selera” patut diubah kerana pihak polis telah menerima banyak kes berkaitan kecurian kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penjenayah tak memilih, kereta model lama pun tapau 01

Hati-hati katanya..

Menurut Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia’s (VTREC) Industry Vehicle Theft Statistics bagi Q3 2019, Proton Wira adalah model yang paling kerap dicuri, diikuti dengan Proton Iswara dan Toyota Hilux.

Penjenayah tak memilih, kereta model lama pun tapau 02

Sumber: VTREC

Kereta mewah lama juga dijadikan sasaran kerana tarikan luar negaranya.

Penjenayah tak memilih, kereta model lama pun tapau 03

Sumber: VTREC

Dengan tekanan hidup yang semakin berleluasa kini, jangan ambil enteng tentang keselamatan dan tambahlah apa yang patut supaya kereta anda selamat ditinggalkan dimana-mana. Malang tak berbau, tapi kita harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sekurang-kurangnya kita ikhtiar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda