window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pensyarah contoh tak 'maki' B40, guna Mitsubishi Xpander untuk buat kerja amal bersama pelajar

Mersita · Apr 8, 2022 11:59 AM

Pensyarah contoh tak 'maki' B40, guna Mitsubishi Xpander untuk buat kerja amal bersama pelajar 01

Mitsubishi Xpander, MPV 7 tempat duduk yang digemari ramai telah terbukti keterampilannya dalam satu video promosi dan rebiu oleh salah seorang pemiliknya, Miss Fa.

Miss Fa, atau nama sebenarnya Fatihah, adalah seorang pensyarah yang bertugas di satu institusi pendidikan di Kemaman, Terengganu. Menurut rebiunya dalam video promosi di bawah, Miss Fa berpuas hati dengan pembelian Xpander kerana ia sesuai untuk gaya hidupnya sebagai seorang pensyarah dan pengembara. Selain itu, Miss Fa juga berkata ianya berbaloi menjadikan kereta sebagai medium untuk membuat aktiviti kemasyarakatan.

Pensyarah contoh tak 'maki' B40, guna Mitsubishi Xpander untuk buat kerja amal bersama pelajar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lain pemilik, lain keperluan dan kehendaknya.

Sebagai bekas pendidik, penulis pun faham mengapa kereta yang praktikal dan luas seperti Xpander sangat sesuai untuk kegunaan harian. Ada masanya guru atau pensyarah perlu membawa pelajar kesana kemari untuk aktiviti/program, mengangkut barang bersaiz besar seperti sepanduk, kertas peperiksaan berkotak-kotak, dan macam-macam lagi.

Pensyarah contoh tak 'maki' B40, guna Mitsubishi Xpander untuk buat kerja amal bersama pelajar 01

MPV/SUV crossover seperti Xpander sememangnya kereta yang cukup praktikal dan dipuji ramai kerana ruang tempat duduknya yang luas walau di baris ketiga. Ia mempunyai pelbagai ciri praktikal seperti ruang simpanan yang pelbagai, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, dan salur penghawa dingin untuk penumpang di belakang.

Baca juga: Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu!

“Sebagai seorang pensyarah, tugas saya ialah mendidik dan menjadi orang yang memberi panduan, inspirasi, motivasi kepada para pelajar saya. Saya cuba belajar untuk memahami pelajar-pelajar saya supaya saya boleh mengaitkan apa yang saya ajar dengan kehidupan dengan cara buat aktiviti bersama, buat kerja amal, lepak bersama pelajar.

“Kalau mereka memerlukan bantuan saya, itulah masanya saya akan hulurkan bantuan kepada mereka,” tambahnya lagi.

Baca juga: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz – Manakah yang paling praktikal?

Apa-apa pun, pandangan Miss Fa jelas menunjukkan yang Xpander miliknya ini akan banyak berbakti kepadanya dan komuniti sekitar selain menjadi kenderaan sesuai untuk mengembara solo atau beramai-ramai bersama pelajarnya serta ahli keluarga.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda