window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penunggang Kawasaki Ninja maut dilanggar lori muatan tembikai yang hilang kawalan

Khairil ยท Mar 15, 2021 05:00 PM

Penunggang Kawasaki Ninja maut dilanggar lori muatan tembikai yang hilang kawalan 01

Malang tidak berbau. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya, Kawasaki Ninja berlanggar dengan sebuah lori muatan tembikai yang hilang kawalan.

Kemalangan berlaku di Kilometer 157 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, kira-kira jam 7.20 malam pada Sabtu lalu.

Penunggang Kawasaki Ninja maut dilanggar lori muatan tembikai yang hilang kawalan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa, Mohamad Heri Hero Mazari Roslan berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perasing selepas mengambil motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja milik bapanya, di Bandar Cheneh Baru, Kemaman.

Penunggang Kawasaki Ninja maut dilanggar lori muatan tembikai yang hilang kawalan 01

Lori terbabit yang dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu pula dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang gagal mengelak melanggar bahagian kiri tempat duduk penumpang lori sebelum terhumban ke jalan raya.

Penunggang Kawasaki Ninja maut dilanggar lori muatan tembikai yang hilang kawalan 02

Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru berjaya mengeluarkan motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sumber berita: Astro Awani

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda