window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penunggang motosikal maut disodok kereta Merc, pemandu mabuk

Mersita ยท Nov 30, 2020 02:00 PM

Penunggang motosikal maut disodok kereta Merc, pemandu mabuk 01

Walau kita sudah berhati-hati, bahaya datang tidak dapat diduga. Seorang operator kilang, lelaki berusia 37 tahun, yang menunggang motosikal jenis Modenas di laluan motosikal dirempuh dari belakang oleh lelaki berusia 41 tahun yang memandu kereta Mercedes-Benz. Kejadian berlaku kira-kira 1.15 pagi pada Jumaat lepas di Kilometer 4 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Pemandu kereta tersebut yang dalam perjalanan dari pekan Kajang menghala ke Plaza Tol LEKAS memandu keretanya dengan tidak tentu hala selepas melepasi plaza tol tersebut dan kemudiannya merempuh motosikal mangsa dari arah belakang. Saksi kejadian yang melihat kejadian ini menghubungi polis sejurus selepas kemalangan berlaku.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan 4 anak yang masih kecil termasuk bongsu berusia 4 bulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penunggang motosikal maut disodok kereta Merc, pemandu mabuk 01

Gambar hiasan menunjukkan lebuhraya Kajang-Seremban LEKAS yang kebanyakannya jalan lurus dan sering lengang. Gambar oleh Ahmas Z., sumber Foursquare

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata ujian alkohol dijalankan keatas pemandu kereta berkenaan dan tahap kandungan alkohol didapati melebihi paras yang dibenarkan. Pemandu itu juga mengakui minum minuman keras sebelum kejadian berlaku.

Pemandu mabuk itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penunggang motosikal maut disodok kereta Merc, pemandu mabuk 02

Sumber

Mengikut pindaan akta baru-baru ini, jika didapati bersalah dan menyebabkan kematian dibawah Seksyen 44, pesalah akan dipenjara 10 hingga 15 tahun dan juga didenda antara RM 50,000 dan RM 100,000 dan hilang kelayakan lesen 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Kesalahan kedua dan seterusnya pula akan membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda RM 100,000 – RM 150,000 dan hilang kelayakan lesen selama 20 tahun.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda