window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbaharui ‘road tax’ & lesen memandu segera, tiada arahan lanjutan moratorium – JPJ

Mersita · Nov 29, 2021 08:00 PM

Perbaharui ‘road tax’ & lesen memandu segera, tiada arahan lanjutan moratorium – JPJ 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menasihati orang ramai supaya memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sebelum 31 Disember ini, memandangkan JPJ tidak menerima sebarang arahan setakat ini tentang pelanjutan moratorium bagi kedua-dua dokumen keselamatan berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata setakat ini, beliau tidak menerima sebarang arahan samada daripada kerajaan mahupun Kementerian Pengangkutan berkenaan pelanjutan moratorium untuk cukai jalan dan lesen memandu bagi tahun hadapan, lapor Harian Metro.

Perbaharui ‘road tax’ & lesen memandu segera, tiada arahan lanjutan moratorium – JPJ 02

Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Zailani Hashim

Moratorium ini diberi bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu. Ia telah diberi lanjutan beberapa kali, dan lanjutan sehingga 31 Disember ini diberi pada September lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimanapun, seperti lanjutan terdahulu, semua pemilik kenderaan diwajibkan mempunyai insuran kenderaan yang aktif dan sah pada setiap masa.

Perbaharui ‘road tax’ & lesen memandu segera, tiada arahan lanjutan moratorium – JPJ 01

JPJ Malaysia juga dilihat menjalankan ‘countdown’ dan peringatan mesra bagi pembaharuan LKM dan LMM hampir setiap hari sejak bulan lalu di laman Facebook rasminya, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga ke saat akhir untuk memperbaharui kedua-dua dokumen ini.

Baca juga: Cukai jalan, lesen memandu ‘mati’ tidak dikenakan tindakan sehingga 31 Disember 2021

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda