window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa?

Haris · Sep 28, 2020 08:00 PM

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 01

Banyak yang telah diperkatakan mengenai Mitsubishi Xpander. MPV segmen B ini adalah wajah baru yang bakal menjengah ke industri automotif tempatan. Tawaran nilai yang dicadangkan adalah 7 tempat duduk dengan harga yang lebih mampu milik, meletakkan Mitsubishi Xpander di tengah-tengah antara Honda BR-V dan Perodua Aruz.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak lupa juga, Honda BR-V yang merupakan MPV bukan domestik yang sedang menggungguli pasaran segmen ini. Kelebihan MPV ini adalah dari segi enjin yang lebih berkuasa, jarak kelegaan tanah yang rendah dengan lebih keselesaan.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 01

Bagi peminat jenama tempatan pula, pastinya Perodua Aruz menjadi pilihan utama. Kenderaan 7 tempat duduk yang terlaris setakat ini membuktikan bahawa harga memainkan peranan yang penting dalam pembelian kenderaan. Selain itu, Perodua Aruz yang lebih tegap ternyata lebih sesuai dengan penggunaan rakyat Malaysia yang mengutamakan kenderaan yang tahan lasak.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 02

Soalan paling utama yang selalu berlegar mengenai model MPV adalah isu 'underpower' oleh itu mari bandingkan antara ketiga-tiga SUV ini. Jika anda pernah membawa Honda BR-V atau Perodua Aruz, anda pasti dapat mengagak hantaran kuasa yang ditawarkan oleh Mitsubishi Xpander.

Trenkuasa - Seimbang atau sederhana?

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 03

Rujukan sejenak, Honda BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan 120 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork dikekalkan walaupun menerima facelift tahun 2021. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi CVT automatik justeru mengekalkan hasil penggunaan minyak yang sama dengan generasi sebelumnya.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 04

Perodua Aruz pula menggunakan enjin 1.5 liter 2NR-VE dual VVT-i petrol yang mampu menjana sebanyak 102 PS kuasa kuda dan 133 Nm tork. Enjin yang dikongsi dengan Toyota Avanza tersebut menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 05

Berdasarkan spesifikasi pasaran lain, Mitsubishi Xpander menggunakan enjin 1.5 liter MIVEC 4A91 petrol yang mampu menjana kuasa kuda sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm. Enjin tersebut turut digandingkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan tetapi ada pasaran yang mempunyai pilihan transmisi 5 kelajuan.

Spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 Honda BR-V 2020 Perodua Aruz/Toyota Rush 2020
Kuasa Kuda (PS) 1.5 liter NA – 105 PS @ 6,000 rpm 1.5 liter NA – 120 PS @ 6,600 rpm 1.5 liter NA – 101 PS @ 6,000 rpm
Tork (Nm) 141 Nm @ 4,000 rpm 145 Nm @ 4,600 rpm 133 Nm @ 4,200 rpm
Panjang 4,475 mm 4,457 mm 4,435 mm
Lebar 1,750 mm 1,745 mm 1,695 mm
Tinggi 1,700 mm 1,677 mm 1,705 mm
Jarak Roda 2,775 mm 2,662 mm 2,685 mm

Hal ini benar-benar meletakkkan Mitsubishi Xpander di antara Perodua Aruz dan Honda BR-V. Kuasa kudanya lebih sedikit berbanding Perodua Aruz manakala daya kilas tork pula menghampiri Honda BR-V.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 06

Selain itu, Mitsubishi Xpander juga lebih besar berbanding kedua-dua pesaingnya. Bukan itu sahaja, Mitsubishi Xpander hadir dengan ciri unik di mana kedua-dua baris kerusi penumpang boleh dilipat secara mendatar, memberikan lebih ruang untuk muatan kargo jika diperlukan.

Panduan memilih

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 07

Keseimbangan antara kuasa kuda dan daya kilas tork pada Mitsubishi Xpander benar-benar memberikan sebuah tawaran yang baik buat pembeli yang sedang berada di atas pagar. Sebagai ulangkaji, lebih kuasa kuda bermakna lebih laju. Peningkatan tork pula bermakna kenderaan mampu membawa lebih banyak muatan.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 08

Untuk sebuah kenderaan keluarga, yang mana satu jadi keutamaan anda? Jika kuasa dan gaya menjadi keutamaan anda, Honda BR-V adalah pilihan yang lebih tepat. Jika harga menjadi keutamaan anda, Perodua Aruz tidak akan mengecewakan. Jangan risau, apa yang terdapat pada Perodua Aruz masih cukup untuk membawa penumpang yang ramai.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 09

Mitsubishi Xpander pula menawarkan anda dengan kuasa dan tork yang mencukupi. Daya kilas memberikan anda lebih keyakinan ketika memotong dan kuasa kudanya cukup untuk membawa penumpang pada kelajuan selamat. Laju-laju nak ke mana?

Harga Spekulasi

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 10

Honda BR-V varian 1.5 E kini berharga RM 89,900, sementara itu varian 1.5 V pula berharga dari RM 96,900. 

Perodua Aruz pula hadir dalam 2 varian yang dijual dalam lingkungan harga RM 72,900 hingga ke RM 77,900 di Malaysia.

Perbandingan: Mitsubishi Xpander vs Honda BR-V vs Perodua Aruz. Mana lebih berkuasa? 11

Julat harga paling sesuai untuk Mitsubishi Xpander adalah sekitar RM 77,900 hingga RM 90,000. Apatah lagi, Mitsubishi Xpander telah pun disahkan untuk dipasang secara tempatan (CKD) memberikan spekulasi harga tersebut lebih kompetitif. Sebagai perbandingan, Mitsubishi Xpander pasaran Indonesia dijual sekitar IDR 218 juta – 292 juta (RM 61,160.79 – RM 81,921.80).

Baca rebiu Mitsubishi Xpander oleh Autofun.co.id, rakan media kami dari Indonesia.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda