window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru?

Faisal · May 1, 2022 04:00 PM

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 01

Bagi anda yang belum tahu, Proton X70 2022 kalau dibeli baru berharga di antara RM 94,800 ke RM 122,800. Julat harga ini sebenarnya sudah sama dengan Honda CR-V terpakai.

Kalau anda buka Carsome.my, harga Honda CR-V 1.5 TC-P tahun 2017 varian paling atas kini boleh dimiliki serendah RM 120,000. Apapun untuk varian 2.0, ia boleh dibeli pada harga tidak sampai RM 110k.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi, yang mana satu patut anda pilih? Satu ada lambang H dan legenda dalam segmen ini. Satu lagi bukan main hebat lagi. Jadi, kami akan bandingkan sendiri Proton X70 baharu dengan Honda CR-V 1.5 terpakai tetapi untuk adil, kami akan letakkan CR-V yang berenjin turbo.

Juga bacaRebiu: Honda CR-V facelift 2021 - Turun harga RM 13k, fungsi dipertingkat, apa tunggu lagi?

Trenkuasa – anda pilih kuasa atau penjimatan minyak?

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 01

Proton X70 dikuasakan oleh enjin 1.8L turbo yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan. Varian pacuan semua roda AWD sebenarnya ada tetapi telah digugurkan selepas beransurnya model pemasangan lokal (CKD) yang dirasmikan pada tahun 2020.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 02

Sebagai perbandingan, Honda CR-V hadir dengan enjin 1.5L turbo yang menghembuskan 193 PS dan 243 Nm tork. Seperti mana-mana model Honda sekarang, CR-V juga dipadankan dengan transmisi CVT. Menariknya, CR-V datang dengan pilihan pacuan roda depan 2WD atau 4WD.

Walaupun tork Proton X70 lebih hebat, ia tetap kalah dengan CR-V dari segi penggunaan petrol.

Juga bacaPerbandingan Skor: Proton X70 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Kualiti dan Kelengkapan

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 03

Untuk sebuah SUV, Honda CR-V betul-betul menjimatkan.

Sewaktu kami menguji pandu Honda CR-V pada tahun 2020, ia mencatatkan penggunaan 5.5 liter/100 km kalau memandu di lebuh raya. Kalau campur sekali dalam bandar, SUV segmen C ini memberikan bacaan 7.0 liter/100 km. Cukup mengagumkan.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 04

Harga kereta dah murah tetapi kalau petrol tak berapa jimat, kos akan menggunung juga.

Mengenai Proton X70 pula, ujian sama menunjukkan bahawa ia memerlukan sehingga 10.6 liter untuk pandu 100 km.

Jadi kalau anda pentingkan penjimatan minyak, Honda CR-V akan menjadi pilihan yang lebih bijak.

Kelengkapan – X70 menawarkan banyak ciri yang pertama buat Proton

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 05

Sewaktu dilancarkan pada tahun 2018, X70 mempunyai kelengkapan yang luar biasa untuk sebuah Proton. Antaranya seperti sistem infotainment arahan suara yang boleh melaras penyaman udara, tingkap dan bumbung suria.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 06

Varian Premium dan ke atas pula lengkap dengan tempat duduk kulit Nappa berwarna coklat yang nampak cukup mewah.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 07

Ciri yang patut ada pada zaman sekarang.

Walau bagaimanapun, sistem infotainment Honda CR-V ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 08

Skein yang lagi besar iaitu 8 inci cantik dah tapi tiada Apple CarPlay dan Android Auto.

Kami sejujurlah pilih sokongan ini kerana teknologi arahan suara pada Proton X70 macam gimik semata-mata. Selain itu, infotainment Proton X70 tidak menyokong aplikasi seperti Google Maps, Waze atau Spotify. Jadi kalau anda betul-betul nak guna, terpaksalah pakai Joox dan Baidu Maps.

Juga bacaDah 2021, kenapa Proton belum guna Apple CarPlay/Android Auto? Sebabnya, ‘user data’

Mutu perjalanan – Proton X70 cukup selesa

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 09

Bahan kulit Nappa pada tempat duduk Proton X70.

Dalam aspek ini, Honda CR-V memang tidak boleh lawan Proton X70, terutama dari segi keselesaan suspensi dan kekedapan bunyi.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 10

CR-V lagi luas tapi X70 lebih selesa.

Sistem gantungan CR-V sebenarnya lembut tetapi mutu perjalanan pada X70 lebih keras. Menariknya, ia tetap selesa.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 11

Untuk aspek kesenyapan pula, X70 mencatatkan bacaan 68 dB pada kelajuan 110 km/j. Sebagai perbandingan, tahap bunyi yang direkodkan dalam kabin CR-V mencecah 70 dB.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 12

Kalau anda nak tahu, Honda Malaysia telah meletakkan bahan kedap bunyi yang lebih baik pada model facelift. Malah, suspensinya juga ditala semula supaya lebih selesa. Malangnya, CR-V facelift masih tidak dapat menandingi Proton X70 dalam hal ini. Lagipun, harganya sudah jauh beza.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 13

Dari segi tempat duduk, sokongan yang diberikan juga tidak sehebat Proton X70.

Keselamatan – Lebih kurang sama tapi Honda CR-V ada kelebihan

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 14

Radar gelombang milimeter pada X70.

Kedua-dua SUV keluarga ini hadir dengan ciri bantuan keselamatan ADAS yang menyeluruh. Antaranya seperti kawalan pelayaran adaptif, amaran pelanggaran hadapan dan brek kecemasan autonomi.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 15

ADAS Sensing pada Honda CR-V.

Apa yang lebihnya pada CR-V adalah ciri Lane Keep Assist yang mana ia dapat mengekalkan kereta dalam lorong apabila Adaptive Cruise Control diaktifkan.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 16

Anda pilih ini atau BSM?

Untuk pengetahuan anda, X70 datang dengan ciri Blind Spot Monitor, manakala CR-V ada Honda LaneWatch yang memantulkan imej titik buta belah kiri ke skrin infotainment.

Yang mana lagi bagus? Terpulang kepada anda. Tetapi kami sarankan anda untuk uji dahulu kedua-dua sistem supaya tahu mana sesuai dengan citarasa anda.

Konklusi – Honda CR-V terpakai sebenarnya boleh tahan menarik

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 17

Kalau dilihat semula, Honda CR-V terpakai sebenarnya agak menarik kerana ia lebih menjimatkan minyak dan ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Malah, sokongan selepas jualannya seperti alat ganti dan servis juga lebih bagus daripada Proton.

Juga bacaHonda CR-V Black Edition 2021 dilancarkan di Malaysia, berharga RM 162k - macam Darth Vader!

Dengan banyak unit terpakai yang diiklankan dalam internet, kami mencadangkan anda untuk terus ke laman Carsome kerana ia ada jaminan pulangan wang selama 5 hari.

Perbandingan SUV segmen C terhebat di Malaysia - Honda CR-V terpakai atau Proton X70 baru? 18

Buat masa sekarang, Carsome ada 6 Honda CR-V terpakai.

Kalau anda nak Proton X70 pula, model facelift 2022 akan debut tidak lama lagi. Jadi, apa kata anda tunggu dahulu.

Juga bacaGeely Boyue 2022 baharu dilancarkan di China dengan penampilan baru, harga sekitar RM 68k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda