window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k!

Mersita · Jan 22, 2023 10:00 AM

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 01

Nak Perodua Ativa anda nampak lebih bergaya dan padan dengan imej turbo? Jika anda ada duit lebih sekitar RM 134,000, anda boleh ‘convert’ SUV jinak ini menjadi Alpine Style Havana untuk gaya ultra-ranggi!

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 02

Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Subaru Rex/Perodua Ativa boleh dimodifikasi menjadi Alpine Star Havana di Jepun. Ubah suai badan kereta ini didebut di 2023 Tokyo Auto Salon dan akan memakan kos JPY 3.98 juta (~RM 134k) – termasuk kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 01

Alpine Style juga melancarkan van berdasarkan Hiace, Carica, yang mengambil inspirasi daripada ‘Californian surfer vans’

Macam pernah dengar kan nama ni, ada kaitan dengan jenama stereo ‘aftermarket’ dari Jepun? Ya, Alpine Star merupakan anak syarikat ‘aftermarket’ bagi syarikat Alpine yang mengeluarkan produk aksesori hiburan untuk kereta.

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 02

Walaupun nama kit ini diambil dari nama bandar di Cuba, ia nampak gayanya diinspirasikan oleh Mitsuoka Buddy.

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 03

Mitsuoka Buddy ditunjukkan

Rekaan Buddy sendiri mengambil inspirasi daripada rupa gagah SUV dari Amerika Syarikat dari tahun 1980-an, seperti Chevrolet K5 Blazer, dan ia dibina berdasarkan Toyota RAV4.

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 04

Apa-apa pun, stail yang diketengahkan oleh Alpine Style Havana boleh dikatakan yang paling menonjol bagi Ativa/Raize/Rocky/Rex. Muka hadapannya diperbaharui sepenuhnya dengan jejaring krom bersegi di hadapan serta kemasan-kemasan berkilat lain di sekeliling kereta.

Juga baca: Perodua D55L dengan bodykit Lamborghini Urus. Bukan Aruz ya!

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 05

Kemasan krom diaplikasikan pada bampar hadapan dan belakang, di sekeliling lampu hadapan dan lampu brek, serta di rimnya yang menampilkan rekaan ‘moon chrome’ dibalut dengan tayar ‘all-terrain’ jenama Toyo Tires.

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 06

Anda takkan nampak sebarang lencana Toyota/Daihatsu/Subaru di sini; sebaliknya ia diberi lencana Havana dan tulisan Alpine Style di pintu butnya. Lebih menarik, corak kayu juga boleh dilihat di sepanjang pintu but ini – turut diinspirasikan oleh SUV AS lama dan kereta-kereta dengan stail begini di masa lalu.

Juga baca: Subaru Rex membuat debut - Perodua Ativa dengan lambang Subaru, hanya ada di pasaran Jepun

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 07

Di ruang kabinnya pula, Havana mengekalkan sebahagian besar daripada papan pemuka Toyota Raize dengan lapik kulit berwarna coklat serba baharu. Memandangkan ia buatan Alpine, anda juga boleh temui beberapa produk sistem audio keluaran jenama itu yang terdiri daripada unit infotainment 9 inci, cermin pandang-belakang digital 12 inci, dan satu set ‘speaker’ Alpine.

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 08

Sama seperti kebanyakan ubahsuai ‘aftermarket’ yang lain, Alpine Star Havana hanya merubah SUV ini dari segi estetika semata-mata dan trenkuasanya masih kekal sama. Di Jepun, modifikasi yang dibuat pada Raize ini ditawarkan dengan tiga jenis enjin:

  • 1.0 liter turbo 1KR-VET (98 PS/143 Nm)
  • 1.2 liter NA WA-VE (87 PS/113 Nm)
  • 1.2 liter WA-VEX petrol-hybrid (Enjin: 82 PS/105 Nm, Motor Elektrik: 106 PS/170 Nm)]

Juga baca: Perodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya

Percaya atau tidak, ini Perodua Ativa - 'convert' jadi Alpine Style Havana, kos RM 134k! 09

Dijual pada harga hampir 4 juta Yen, Alpine Style Havana cukup mahal hanya untuk ‘mekap’kan Raize. Varian tertinggi Raize dijual di sana pada harga JPY 2.34 juta ((~RM 79k). Tapi, jika stail inilah yang anda mahukan, apa salahnya – Alpine Style Havana memang ‘style’ habis!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda