window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan

Mersita · Oct 16, 2020 01:00 PM

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan 01

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk kawasan Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya telahpun bermula pada hari Rabu, 14 Oktober hingga Selasa, 27 Oktober 2020. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, PKPB ini akan melibatkan sekatan jalan di sekitar Lembah Klang dan sekatan jalan akan dibuat seperti pada bulan Mac lalu.

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan 02

Setakat ini, terdapat 93 sekatan jalan raya (SJR) yang ditetapkan di sekitar Lembah Klang. Menurut laporan BH Online, terdapat 66 sekatan di Selangor dan 27 di Kuala Lumpur. Walaupun kebanyakan aktiviti ekonomi di pusat bandaraya didapati sunyi, ada kesesakan yang dilaporkan di beberapa lokasi seperti di Jalan Loke Yew dan jalanraya berhadapan Balai Polis Tun HS Lee pada hari pertama SJR besar-besaran ini dilaksanakan.

SJR juga telah dikuatkuasakan di laluan-laluan sempadan negeri Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan 01

Sumber: Sinar Harian

Menurut Sinar Harian pula, IPD Gombak pula mengadakan 6 SJR dan 3 penutupan jalan – antaranya sempadan Gombak – Sentul, laluan ke Wangsa Maju, Petaling Jaya dan Hulu Selangor. Penutupan jalan tersebut disertai dengan jalan alternatif seperti yang dihuraikan oleh laporan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata tumpuan SJR diberikan terhadap sempadan daerah dan zon-zon merah yang melibatkan banyak jangkitan COVID-19. Pada hari pertama kuatkuasa, hanya tiga individu dikesan cuba merentas daerah tanpa kebenaran di Selangor dan mereka diarah untuk berpatah balik.

Sempadan negeri KL, Selangor dan Putrajaya disekat. Bagaimana pula dengan pergerakan dalam negeri?

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kekeliruan tentang perjalanan di dalam kawasan negeri masing-masing. Beliau berkata mereka yang tinggal di Kuala Lumpur bebas untuk bergerak di dalam kawasan Kuala Lumpur – mereka yang tinggal di TTDI boleh bergerak ke Bukit Bintang tanpa kebenaran/permit kerana ia dianggap negeri yang sama.

Untuk yang tinggal di Selangor dan Putrajaya yang ingin turun bekerja di Kuala Lumpur, permit polis tidak diperlukan – cuma surat pengesahan daripada majikan sahaja.

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan 02

Sumber: VisitSelangor.com

Bagi mereka yang ingin merentas antara negeri-negeri ini pula haruslah mendapatkan surat kebenaran daripada majikan dengan menyatakan butiran seperti nama pekerja, IC, nama syarikat, nombor telefon majikan, serta lokasi tempat kerja sebagai rujukan. ID pekerja tidak mencukupi kerana ia tidak mempunyai butiran terperinci sekiranya berlaku kecemasan.

Mereka yang ingin masuk ke Selangor, KL atau Putrajaya dari negeri lain haruslah menyertakan surat kebenaran dari majikan ini dan/atau permit kebenaran daripada pihak PDRM. Cuma pergi ke balai polis berhampiran dan isi borang yang disediakan. Kebenaran ini hanya akan diberi untuk hal-hal kecemasan seperti kematian dan sebagainya. Permit Pergerakan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) boleh didapati disini dan seperti yang kami tunjukkan di bawah.

Pergerakan semasa PKPB – Tatacara dan penutupan jalan 03

Ikuti WapCar – BM untuk info sekatan jalan raya dan PKPB yang terkini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda