window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu

Mersita · Jul 24, 2020 11:30 AM

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 01

Nak jaga kereta mudah saja sebenarnya. Ramai yang endah tak endah sebab bila buka penutup enjin, terus blur. Buat pemeriksaan sekali dua sebulan pun dah memadai kalau sayang kereta. Nanti tak pasal-pasal kena hantar bengkel, pengsan pula tengok bil.

Bagi yang masih noob, jom belajar senarai di bawah.

1. Tahap cecair penyejuk / ‘coolant’

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nampak tak pelekat warna terang (selalunya warna jingga) pada penutup bentuk telinga capang sebelah enjin kereta? Lain kereta, lain kedudukannya. Itulah namanya ‘coolant’.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 01

Buka dan lihat tahap air di dalamnya. Cuma tambah air biasa (air paip ke, mineral ke, jangan kopi sudah) dan siap!

Enjin akan menjadi panas ketika memandu. Jika air penyejuk kurang, enjin anda akan terlebih panas. Nanti tak pasal-pasal tersadai tepi jalan, kan susah? Benda boleh elak, kita elak.

Ingat! Jangan sesekali buka penutup besi penyejuk ini bila ia panas. Nanti jadi gunung berapi.

2. Tahap minyak enjin

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 02

Bahagian yang bertanda kotak kuning di dalam gambar ialah ‘dipstick’. Fungsinya adalah untuk memberi indikasi tentang jumlah minyak enjin yang tinggal. Kalau minyak enjin tak cukup atau tak ada langsung, enjin merajuk tak nak jalan.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 03

Untuk periksa tahap minyak enjin, sediakan tisu atau surat khabar dulu. Tarik keluar ‘dipstick’, lap batang ‘dipstick’ tersebut bersih-bersih, celup semula dalam lubangnya. Keluarkan lagi dan lihat tahap minyak, takat mana dia basahkan ‘dipstick’ tersebut.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 04

Tahap ideal adalah F (full), minyak agak pekat tapi tak melekit. Tahap minyak selalunya tak turun terlalu jauh dari ‘full’. Tapi kalau takat minyak anda jauh sangat dari ‘full’, baik pergi periksa ke bengkel cepat-cepat.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 05

Walaubagaimanapun, minyak ini lama-lama akan berkurang. Kalau rasa macam dah lama tak tukar, asingkanlah duit awal-awal dan pergi servis.

3. Tahap cecair brek

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 06

Cecair brek penting kerana ia membantu proses pemberhentian kereta. Pendekkan cerita, kalau tak ada cecair brek, brek kereta anda tak berfungsi.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 07

Cecair brek selalunya tak turun atau habis terus. Oleh itu, tak perlulah ditambah atau ditukar selalu. Jika anda nampak tahap cecairnya menurun, seeloknya dibawa kepada yang pakar untuk diperiksa – takut bocor.

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 08

Sentiasa beri perhatian pada kualiti brek anda. Jika ia terasa terlalu lembut, ada bunyi-bunyi pelik atau tak cengkam, bawa saja ke bengkel untuk diperiksa.

4. Cecair pembersih cermin

Periksa 4 cecair ini sebelum memandu 09

Kalau rasa nak ‘up’ sikit, anda boleh masukkan cecair pembersih cermin istimewa di dalam bekas ini. Tapi untuk kegunaan biasa-biasa, air biasa pun OK.

‘Top-up’ je yang satu ni, tak buang masa pun.

Tiba-tiba penulis teringat satu pesanan khidmat masyarakat – kalau ada orang baling telur ke cermin kereta anda, dinasihatkan untuk JANGAN pancutkan air pembersih cermin ini dan cuba bersihkannya dengan ‘wiper’. Ia hanya akan mengaburkan lagi cermin anda, memaksa anda untuk berhenti di sisi jalan. Ini salah satu taktik penyamun yang berniat tak baik. Teruskan saja memandu dengan berhati-hati hingga anda sampai ke kawasan yang lebih selamat untuk keluar dan lap sendiri cermin kereta.

Sekian, itu saja untuk kali ini. Ada lagi yang kami tertinggal? Jangan lupa komen di laman Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda