window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm!

Khairil ยท Nov 5, 2021 09:00 AM

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 01

Sejak Aprilia membangunkan platform enjin 660, ramai yang ternanti-nanti penawaran jenama itu untuk model 'Adventure' dan penantian itu berakhir menerusi kehadiran Aprilia Tuareg 660.

Sebagai model ketiga daripada Aprilia menggunakan platform sama selepas model 'Sportbike' Aprilia RS 660 dan 'Naked' Tuono 660, Tuareg 660 juga diharap menjadi pencabar unggul dalam kelasnya.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 01

Sekalipun menggunakan trenkuasa yang sama iaitu enjin 660 cc, Parallel-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC, enjin berkenaan mendapat talaan berbeza daripada Aprilia sesuai untuk motosikal dalam segmen ADV.

Hasilnya, Tuareg 660 yang mengunakan kerangka ringan 'tubular-steel trellis' dengan berat 186 kg ia berupaya menghamburkan kuasa setinggi  80 Hp dan tork 70 Nm.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 02

Meskipun ia jauh lebih rendah berbanding RS 660 (100 Hp) dan Tuono 660 (95 Hp), namun ia sudah pun dijangka dan Tuareg 660 lebih berkuasa berbanding pencabarnya yang lain termasuklah Yamaha Tenere 700 memiliki kuasa 74 Hp.

Seperti barisan model berprestasi Aprilia yang lain, Tuareg 660 turut dilengkapi bantuan tunggangan elektronik canggih Aprilia Performance Ride Control (APRC) bersama petaan enjin, pelarasan untuk Kawalan Traksi, Brek Enjin dan mod tunggangan.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 03

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang boleh dipadam sepenuhnya atau hanya menggunakan roda belakang.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Cir-ciri standard lain yang turut dipadankan termasuklah Kawalan Jelajah, Kluster meter 5 Inci TFT berwarna lengkap dengan sambungan Bluetooth dan sistem navigasi menggunakan aplikasi MIA Aprilia.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 04

Dari sudut pengendalian, Tuareg 660 menggunakan sistem suspensi boleh laras sepenuhnya dengan fork jenis terbalik (USD) 43 mm dan suspensi belakang 'monoshock' dengan 'progressive linkage'. Sistem brek menggunakan kaliper Brembo.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 05

Aprilia berkata, untuk tugasan meredah laluan lasak, rekaan 'oil sump' Tuareg 660 direka semula untuk jarak lega bumi lebih tinggi, penapis udara mudah diakses dan ekzos rekaan yang lebih tinggi. Jarak diantara roda adalah 59 inci.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 06

Informasi lain mengenai Tuareg 660 adalah ia dilengkapi dengan sistem lampu LED penuh, tangki bahan api 18 liter yang mampu menempuh jarak perjalanan 442 km.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 07

Untuk memaksimakan kemampuan meredah laluan lasak, Tuareg 660 menggunaan rim bersaiz 21 inci di bahagian depan dan 18 inci di belakang.

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 08

Pilihan warna yang ditawarkan Aprilia untuk Tuareg 660 adalah tiga iaitu:

  • Acid Gold
  • Martian Red 
  • Indaco Tagelmust

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 09

Harga yang dicadangkan oleh pengeluar adalah AS$ 11,999 (RM 49,832) untuk pilihan warna Acid Gold dan Martian Red manakala Indaco Tegelmust AS$ 12,599 (RM 53,985).

Juga baca: Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k!

Perincian Aprilia Tuareg 660 2022 didedahkan, berteknologi, 80 Hp, 70 Nm! 10

Tidak diketahui bila jentera hebat ini akan menjengah pasaran Malaysia namun melihat kepada 'adik-beradiknya' yang lain seperti RS 660 dan Tuono 660, penantian itu nampaknya tidak lama.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda