window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perkhidmatan bas tanpa henti Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan LRT KLCC dihentikan - Rapid KL

Mersita ยท Jul 4, 2022 06:00 PM

Perkhidmatan bas tanpa henti Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan LRT KLCC dihentikan - Rapid KL 01

Rapid KL, sistem pengangkutan awam milik Prasarana Malaysia Berhad, baru saja mengumumkan penamatan perkhidmatan bas tanpa henti rapidKL di Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC.

Notis penamatan perkhidmatan bas tanpa henti di laluan itu bermula hari ini (4 Julai 2022) dikongsikan di media sosial Rapid KL pada jam 8.06 malam semalam (3 Julai). Menurut laporan akhbar, laluan ini baru saja diperkenalkan pada 17 Jun 2022 iaitu kira-kira dua minggu lalu.

Perkhidmatan bas tanpa henti Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan LRT KLCC dihentikan - Rapid KL 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut kenyataan Prasarana, perkhidmatan bas rapidKL yang diperkenalkan ketika itu ditawarkan dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam dari Isnin hingga Jumaat dengan kekerapan setiap 15 minit. Perkhidmatan ini menghubungkan Stesen MRT Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti serta Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju.

Kenyataan itu juga menyebut perkhidmatan bas sokongan ini akan mengambil penumpang di stesen LRT/ MRT yang dinyatakan dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain. Perkhidmatan bas ini ditawarkan secara percuma.

Perkhidmatan bas tanpa henti Stesen LRT/MRT Pasar Seni dan LRT KLCC dihentikan - Rapid KL 01

Bas GoKL berwarna merah jambu

Tiada penjelasan diberi apabila pertanyaan dibuat menerusi media sosial Rapid KL tentang sebab perkhidmatan ini ditamatkan. Menurut respon pihak Rapid KL, dua stesen terlibat dalam penamatan ini iaitu antara Pasar Seni dan KLCC (laluan bas SH01). Laluan bas lain seperti Go KL masih tersedia antara kedua-dua lokasi berkenaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda