window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya lebih lambat, kekerapan 8 minit sehingga 18 Disember

Mersita ยท Nov 22, 2022 01:00 PM

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya lebih lambat, kekerapan 8 minit sehingga 18 Disember 01

Sesi percubaan akhir operasi bagi Fasa 2 MRT Laluan Putrajaya kini sedang berjalan bagi mempersiapkannya untuk pembukaan pada Januari 2023. Malangnya, ujian-ujian ini akan memberi kesan kepada operasi perkhidmatan sedia ada iaitu Fasa 1 dimana kekerapan MRT akan menjadi lebih lama bermula hari ini, 22 November 2022, sehingga Ahad, 18 Disember 2022.

Operator perkhidmatan, Rapid KL, membuat pengumuman perubahan kekerapan tren ini di platform media sosial rasmi mereka semalam. Menurutnya, kekerapan tren pada waktu puncak adalah 8 minit manakala kekerapan pada waktu bukan puncak pula adalah 12 minit.

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya lebih lambat, kekerapan 8 minit sehingga 18 Disember 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perubahan kekerapan tren ini tertakluk hanya pada perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya. MRT Laluan Kajang yang merangkumi stesen dari Kwasa Damansara ke Kajang masih beroperasi seperti biasa.

Fasa pertama MRT Laluan Putrajaya telah dibuka pada Jun 2022. Laluan ini menyediakan 12 buah stesen di sepanjang trek dengan jarak keseluruhan 17.5 km.

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya lebih lambat, kekerapan 8 minit sehingga 18 Disember 01

Fasa dua pula akan menambah 28 buah lagi stesen antara Kampung Batu sehingga ke Putrajaya Sentral โ€“ menjadikan jumlah stesen keseluruhan sebanyak 36 buah dengan jarak keseluruhan 57.7 km.

Secara keseluruhannya, MRT Laluan Putrajaya akan melalui 13 buah stesen bawah tanah di kawasan pusat perniagaan itu dengan stesen-stesen sambungan di Titiwangsa, Chan Sow Lin, Tun Razak Exchange, Ampang Park, dan Sungai Besi.

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya lebih lambat, kekerapan 8 minit sehingga 18 Disember 02

Seperti yang dirancang, Rapid KL bakal membuka Fasa 2 laluan ini pada Januari 2023. Buat masa ini, tarikh pembukaannya belum lagi dimuktamadkan. Ikuti kami untuk perkembangan seterusnya.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda