window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perlintasan ala-Shibuya bakal dibuka di Bukit Bintang, KL! Apa faedahnya?

Mersita · Jun 17, 2021 11:00 AM

Perlintasan ala-Shibuya bakal dibuka di Bukit Bintang, KL! Apa faedahnya? 01

Sedang warga ibu kota mengamalkan ‘total lockdown’, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil peluang aliran trafik rendah di Bukit Bintang untuk membina kawasan perlintasan pejalan kaki yang cukup menarik di sana.

Pada hari Sabtu ini iaitu 19 Jun 2021, DBKL dijangka akan membuka “scramble pedestrian crossing” ala-Shibuya station di simpang antara Lot 10, Sungei Wang, dan Wolo Hotel.

Perlintasan ala-Shibuya bakal dibuka di Bukit Bintang, KL! Apa faedahnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara spesifik, persimpangan inilah yang menghubungkan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang. Inilah laluan yang sering digunakan oleh warga tempatan serta pelancong untuk pergi ke Low Yat Plaza, Sungei Wang, atau Times Square ke Pavilion, Lot 10, atau Fahrenheit.

DBKL percaya yang ‘scramble pedestrian crossing’ ini akan membantu mengoptimakan perjalanan bagi pejalan kaki di sana. Setelah mengkaji kawasan ini dengan mendalam, pihak DBKL beranggapan lintasan ‘scramble’ ini akan memudahkan pengguna jalan raya yang melintasi jalan ini serta mengurangkan risiko kemalangan.

Perlintasan ala-Shibuya bakal dibuka di Bukit Bintang, KL! Apa faedahnya? 01

Terkenal sebagai simpang depan 'Mekdi'. Buskers sering menghiburkan pejalan kaki di sana

Persimpangan ‘scramble’, juga dikenali sebagai ‘X-crossing’, ialah satu sistem yang menghentikan semua trafik kenderaan bagi membolehkan pejalan kaki untuk melintas persimpangan dari semua arah termasuklah secara menyerong – semuanya pada masa yang sama.

Persimpangan sebegini amat terkenal, dan salah satunya terletak di luar stesen Shibuya di Jepun. Ratusan pejalan kaki menggunakan laluan lintasan ini setiap hari. Ia teramatlah popular sehinggakan pelancong luar menganggap Shibuya sebagai satu tarikan yang wajib dilawati setiap kali berkunjung ke Tokyo, Jepun.

Filem popular seperti The Fast and the Furious: Tokyo Drift juga ada menjalankan penggambaran di lintasan Shibuya. Di Kuala Lumpur nanti jangan pula memandai nak drift di sini tanpa kebenaran dan protokol keselamatan, ya.

Perlintasan ala-Shibuya bakal dibuka di Bukit Bintang, KL! Apa faedahnya? 02

Bagi yang dibenarkan keluar buat masa ini dan kebetulan boleh melalui kawasan Bukit Bintang, anda bolehlah melihat persimpangan ala-‘Shibuya crossing’ ini di sana bermula tengah malam 19 Jun 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda