window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah?

Haris · Nov 27, 2021 06:00 PM

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 01

Mercedes-Benz Vito Tourer dengan 10 tempat duduk telah dilancarkan baru-baru ini (CBU dari Vitoria, Sepanyol) eksklusif di Hap Seng Star. MPV dari Mercedes-Benz ini bersaing dalam segmen yang tiada pesaing langsung, malah ia hanya boleh dibandingkan berdasarkan saiz dan tangga harganya.

Dalam konteks Malaysia, Mercedes-Benz Vito Tourer pada harga RM 342k bersaing dengan model seperti Toyota Alphard 3.5L RM 446k, Toyota Vellfire 2.5L RM 367k dan Hyundai Staria RM 359k – kesemuanya MPV 7 tempat duduk tetapi termasuk dalam kategori yang sama.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, adalah difahamkan bahawa pihak kerajaan memilih Toyota Vellfire berbanding Proton Perdana atau Proton X70 kerana ketua jabatan memerlukan sebuah kenderaan yang sesuai untuk mengangkut dif-dif kehormat malah kenderaan rasmi juga adalah tempat bermesyuarat untuk Langkah Sheraton membicarakan mengenai masalah rakyat.

Atas keprihatinan terhadap syarat-syarat tersebut, Mercedes-Benz Vito Tourer adalah MPV yang lebih murah dan lebih besar untuk kegunaan kenderaan rasmi jawatan. Rujuk perenggan atas untuk perbandingan harganya. 

Baca: MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 01

Hap Seng Group adalah pengedar tertua di Malaysia dalam arena kenderaan komersial Mercedes-Benz, dengan sejarahnya bermula lebih 50 tahun lalu pada tahun 1969 di Sabah, ketika itu beroperasi di bawah nama Si Khong Star. Hap Seng Group adalah pengedar yang cukup berpengalaman dengan pasaran ini, di mana pengedar lain masih kurang arif.

Pada tahun 2018, MBM telah menjual keseluruhan perniagaan kenderaan komersial kepada Hap Seng Trucks Distribution Sdn. Bhd. Oleh itu, apabila eksekutif-eksekutif di Hap Seng Group berpendapat bahawa ada permintaan untuk Vito Tourer di negara yang dipenuhi dengan Toyota Alphard dan Vellfire recond murah, kita seharusnya mendengar saranan tersebut.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 02

Sememangnya terdapat permintaan yang kecil tetapi mampan untuk sebuah kenderaan komersial Mercedes-Benz yang boleh membawa 5 sekeluarga, seorang atau dua pembantu rumah, serta datuk dan nenek/atau cucu di bahagian belakang. Malah, ia turut dilengkapi ciri keselamatan dan keselesaan yang tiada tandingan untuk pelanggan Hap Seng Star.

Masalah utama bagi golongan yang sering melakukan perjalanan jauh dengan 6 atau 7 orang dewasa adalah ketiadaan ruang untuk bagasi. Maka dengan sebab itulah sesetengah keluarga disyorkan untuk menggunakan MPV dengan 4 baris tempat duduk .

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 03

Sehebat mana pun Toyota Alphard, susun atur 7/8 penumpang dalam tiga baris tidak sesuai untuk sesetengah keluarga. Pada masa ini, tiada produk yang dijual di Malaysia yang dapat memenuhi keperluan golongan berkeluarga besar.

Sebaik sahaja anda melepasi segmen van 7 atau 8 tempat duduk, tak banyak lagi pilihan yang ada dalam pasaran. Ya, terdapat banyak van klon Cina murah dan Toyota Hiace yang berkapasiti sama tetapi kalau boleh elakkan membawa keluarga anda dalam perjalanan jarak jauh dalam salah satu daripada van yang disebutkan itu. Apatah lagi bermesyuarat.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 04

Alternatif terdekat seterusnya ialah Hyundai Grand Starex, yang dilengkapi dengan 4 beg udara dan tidak mempunyai ciri keselamatan sistem bantuan pemanduan (ADAS).

Jawapan yang paling tepat mungkin sekali Mercedes-Benz Vito Tourer 10 tempat duduk. Ia pada asasnya ialah versi tempat duduk 4 baris (2-3-2-3) bagi Mercedes-Benz V-Class tempat duduk 3 baris , yang telah dihentikan pengeluaran di sini.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 05

Ya, memang benar Vito Tourer bermula sebagai kenderaan kargo merangkap van komersial untuk pekerja kolar biru di Eropah tetapi hal yang sama boleh dikatakan untuk semua van tempat duduk 4 baris, termasuk Toyota GranAce / Hiace Majesty / Super Grandia.

Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan, kenderaan dengan tempat duduk 3 baris yang menggunakan platform kereta penumpang biasa seperti yang digunakan oleh Toyota Alphard kurang mampu untuk menampung tambahan berat dan panjang bebanan di dalam kenderaan.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 06

Untuk memberikan keselesaan dan keselamatan yang sama semasa mengangkut bebanan yang berat, anda memerlukan kenderaan pacuan roda belakang (untuk daya tarikan yang lebih baik) di samping casis ladder van seperti yang terdapat pada van komersial.

Jadi apakah yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz Vito Tourer untuk mewajarkan harganya yang tinggi? Sudah tentu. lambang Mercedes-Benz yang tersemat di hadapan, 6 beg udara dan kawalan kestabilan elektronik cukup untuk mewajarkan harga tersebut.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 07

Ciri lain yang membuatkan wang anda berbaloi adalah ciri sistem bantuan pemandu ADAS yang termasuk Active Distance Assist Distronic (kawalan pelayaran adaptif), Lane Keeping Assist, Active Brek Assist (brek kecemasan berautonomi), Bantuan Titik Buta, lampu depan LED dengan High Beam Assist Plus.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 08

Model pra-facelift ditunjukkan

Bukan itu sahaja, kawalan kestabilan elektronik van Merc ini juga telah dinaik taraf dengan fungsi Crosswind Assist terbina dalam untuk mengurangkan lencongan yang disebabkan oleh angin kencang. Pemandu sedan dan SUV tidak akan menyedari kesan angin lintang kerana profil sisi yang lebih rendah, lebih kecil dan lebih melengkung berbanding van.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 09

Walau bagaimanapun, untuk sebuah van yang tinggi dan rata pada bahagian sisi, angin yang akan bertiup melepasi sedan atau SUV di lebuh raya boleh jadi cukup kuat untuk menolak van ke tepi. Untuk mengatasinya, Crosswind Assist menggunakan brek terpilih pada setiap roda untuk memastikan kenderaan kekal lurus.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 10

Tempat duduk ISOFIX 

Sistem pemantauan tekanan tayar, antara ciri yang semakin penting untuk kenderaan yang membawa beban berat juga ditawarkan secara standard.

Rim 17-inci dengan rekaan sporty dipasangkan dengan suspensi talaan 'Comfort'. Pada bahagian dalam pula, jurutera Vito Tourer turut memasang ciri tempat duduk yang boleh dikonfigurasikan dalam pelbagai cara, hasil daripada sistem ‘quick release seat rails'.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 11

Baris terakhir boleh dibuka keluar

Tempat duduk baris terakhir (ke-4) boleh dibuka untuk menjadikan 10 tempat duduk kepada 7 tempat duduk dengan lebih banyak ruang kargo. Selain itu, pemilik juga boleh memusingkan tempat duduk berhadapan antara satu sama lain dan menukar Vito Tourer menjadi pejabat bergerak atau bilik mesyuarat.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 12

Semua kerusi dibalut dengan kemasan kulit berwarna hitam. Di hadapan, tempat duduk hadapan boleh dilaras kuasa elektronik 4 arah. Sistem infotainment skrin sesentuh 7-inci Audio 30 menyokong kedua-dua sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 13

Semua barisan tempat duduk belakang mendapat corong pendingin hawa yang dipasang pada bahagian tirai bumbung. Suhu dikawal separa automatik oleh ciri Tempmatic (kelajuan kipas masih pelarasan manual), manakala penghuni hadapan disejukkan oleh ciri Thermotronic automatik sepenuhnya.

Pintu gelangsar kuasa dikendalikan elektrik pada kedua-dua sisi tetapi pintu belakang bahagian but adalah jenis bukaan manual.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 14

Pemilik tentunya akan gembira untuk mengetahui bahawa Vito Tourer menggunakan enjin dan transmisi yang sama seperti model Mercedes-Benz siri 250 yang berada di antara siri 200 dan 300 misalnya Mercedes-Benz C250, E250, dan GLC 250.

Enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo M274 petrol menghasilkan 211 PS dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan (9G-Tronic).

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 15

Mercedes-Benz Vito Tourer 10 tempat duduk ini boleh didapati di Hap Seng Star - pengedar sah Mercedes-Benz, dan disertakan dengan waranti 2+2 tahun. Diimport (CBU) dari Vitoria, Sepanyol, harga bermula dari RM 342,036.

Perbandingan Harga
Model Enjin Harga
Mercedes-Benz Vito Tourer 2.0L turbocaj (211 PS / 350 Nm) RM 342,036
Hyundai Staria 2.2L turbo diesel (177 PS / 431 Nm) RM 358,888
Toyota Vellfire 2.5L NA petrol (180 PS / 235 Nm) RM 367,881
Toyota Alphard 3.5L NA petrol (300 PS / 361 Nm) RM 446,609

 

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 16

Petrol, kerana Hap Seng berkata pembeli Vito Tourer di Malaysia tidak suka beratur di pam diesel

Secara tuntasnya, Mercedes-Benz Vito Tourer sangat sesuai jika anda perlu membawa lebih daripada 7 orang dewasa. Hal ini kerana, tiada pilihan yang lebih selamat dan lebih baik untuk membawa ramai penumpang berbanding Vito Tourer.

Malah, konfigurasi tempat duduk yang memberi fleksibiliti kepada pengguna juga tidak boleh dipandang rendah. Ia menepati syarat ketua jabatan yang mahu bermesyuarat dalam sebuah Vellfire.

Perlu ‘meeting’ dalam Vellfire? Mercedes-Benz Vito Tourer kan lebih luas dan murah? 17

Namun Toyota Vellfire mempunyai kemasan yang lebih mewah sesuai dengan tanda harga yang tinggi, pemanduan yang lebih menyerupai SUV tinggi dan lebih mudah keluar masuk kerana tak banyak kerusi untuk dilangkau. Apa salahnya mereka menikmati sedikit kemewahan selepas kerja keras yang dicurahkan untuk negara.

Pembeli berminat yang ingin melihat Mercedes-Benz Vito Tourer boleh mengisi butiran mereka di sini. Wakil Hap Seng Star akan menghubungi anda untuk menjadualkan sesi tontonan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz Vito Tourer Select 121

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda