window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global!

Haris · Aug 13, 2022 11:59 AM

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 01

  • Lamborghini sudah siap ditempah sehingga tahun 2024
  • Permintaan 2 kali ganda untuk Ferrari di China
  • SUV jadi model terlaris untuk Lamborghini, Bentley

Beberapa jenama mewah terkenal mencatatkan tahap permintaan yang tertinggi dan keuntungan setengah tahun yang mengagumkan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 02

Menurut portal ThisIsMoney, Lamborghini mengumumkan jualan meningkat 5 peratus dalam enam bulan pertama, namun keuntungan melonjak sebanyak 70 peratus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pegawai Eksekutif Stephan Winkelmann juga mengesahkan ia sudah mempunyai tempahan yang mencukupi untuk menampung keseluruhan pengeluaran tahun depan, bermakna sebarang model Lamborghini telah habis dijual sehingga tahun 2024.

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 01

Lamborghini mendedahkan awal minggu ini bahawa ia telah menikmati enam bulan terbaiknya dalam tahun ini yang turut mencatatkan rekod dari segi jualan, perolehan dan keuntungan.

Penghantaran global berjumlah 5,090 kenderaan (peningkatan 5 peratus tahun ke tahun), di mana 61 peratus daripadanya adalah SUV Lamborghini Urus.

'Super SUV' bernilai sehingga RM 2 juta (selepas mengambil kira cukai import, duti eksais dan sebagainya) itu  telah mendapat sambutan hebat sejak dikeluarkan pada 2018 dan terus menjadi kejayaan besar untuk jenama itu. Urus juga dengan mudah mengatasi model supercar lain - termasuk Huracan dan Aventador - yang sangat dikenali untuk Lamborghini.

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 02

Hanya beberapa kilometer dari ibu pejabat Lamborghini di Sant'Agata Bolognese, Ferrari juga telah mengeluarkan laporan kewangan terbarunya dari ibu pejabat Maranello di Modena.

Boleh dikatakan sebagai jenama kereta paling ikonik di dunia, ia mengumumkan bahawa syarikat itu telah mengatasi ramalan pendapatan dan mencapai pesanan rekod pada suku kedua 2022, didorong oleh pertumbuhan 62 peratus dalam permintaan di benua Amerika.

Baca: Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak?

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 03

Ferrari Portofino M

Jumlah penghantaran pada suku April hingga Jun meningkat 29 peratus kepada 3,455 motor, dengan penghantaran meningkat dua kali ganda di China kepada 358 unit.

Dengan perniagaan yang berkembang pesat, didorong oleh peningkatan permintaan untuk model Portofino M dan F8 khususnya, Ferrari telah menaikkan sasaran tahunannya dengan sangat baik.

Dan bukan hanya jenama marque Itali sahaja yang menikmati permintaan tinggi.

Permintaan terhadap Lamborghini, Ferrari dan Bentley laku keras walaupun kemelesetan ekonomi global! 04

Bentley Bentayga

Bentley yang berpangkalan di Crewe, mengumumkan pada akhir Julai bahawa keuntungan operasi separuh pertama meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam enam bulan pertama tahun ini.

Peningkatan tersebut dirangsang oleh peningkatan penyesuaian kereta apabila jualan meningkat dengan ketara di Eropah dan Britain walaupun ketidaktentuan ekonomi global berterusan.

Model Bentley yang paling laris masih lagi SUV mewah Bentley Bentayga. Sekitar dua daripada lima model yang dijual oleh jenama British mewah itu adalah SUV ini.

Peningkatan tempahan untuk kenderaan mewah dalam tempoh dua tahun lalu dikatakan berpunca daripada golongan kaya yang mengamalkan mentaliti 'hidup-terlalu singkat', meningkatkan perbelanjaan tanpa sebarang had selepas berbulan-bulan disekat oleh virus Covid.

Dengan aliran wang yang berterusan, jenama kereta premium melaporkan angka jualan dan keuntungan kewangan yang luar biasa pada tahun 2022.

Baca: Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda