window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand!

Haris · Mar 25, 2022 09:00 AM

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 01

MG ZS EV facelift 2022 telah membuat penampilan pertama secara rasminya di  Bangkok International Motor Show (BIMS) 2022. Kenderaan elektrik (EV) ini boleh didapati dalam dua varian, MG ZS EV Z dan MG ZS EV X, dengan harga dari THB 949,000 (~RM 120,000) dan ke atas.

Sedikit rujukan menganainya, MG telah melancarkan SUV segmen-B elektrik sepenuhnya ini pada Jun 2019. Sejak itu, MG ZS EV telah mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Thailand serta dengan cepat mengukuhkan statusnya sebagai EV kegemaran ramai.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Populariti model pra-facelift itu sebahagian besarnya disebabkan oleh harga THB 1,190,000 (~RM 151k) yang agak rendah, jika dilihat dalam konteks kenderaan elektrik (EV). Ia juga mempunyai jarak gerak yang mengagumkan sejauh 337 km berdasarkan kitaran ujian NEDC. Kedua-dua ciri ini menjadikannya sebagai sebuah EV tahap pengenalan yang sempurna untuk pengguna yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 01

Oleh kerana populariti tersebut, para jurutera di MG telah meningkatkan kapasiti bateri MG ZS EV baharu kepada 50.3 kWj yang lebih besar untuk memberikan jarak gerak 403 km mengikut ujian kitaran NEDC.

Motor pemacu MG ZS EV ini juga telah dinaik taraf kepada output kuasa yang dipertingkat sehingga 177 PS, di mana pada asalnya MG ZS EV hanya menghasilkan 155 PS. Namun, output tork telah dikurangkan daripada 350 Nm kepada hanya 280 Nm.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 02

Selain daripada naik taraf pek bateri dan motor pemacu, MG ZS EV kini turut menampilkan rekaan baharu. Sebelum ini, MG ZS EV kelihatan mirip dengan model MG ZS biasa, versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Kini, ia menampilkan gril satu keping baharu dengan potongan kecil di gril hadapan dan bonet yang lebih panjang untuk memberikan SUV itu kehadiran seperti seekor jerung.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 03

Jerung bukan sebarang jerung. Pereka bentuk mendakwa bahawa rekaan baharu ini akan membantu meningkatkan keseluruhan aerodinamik EV untuk membantu mengurangkan rintangan angin dengan lebih efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Kali ini, MG Thailand mempunyai dua varian untuk ditawarkan; MG ZS EV D dan MG ZS EV X.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 04

Untuk THB 949,000 (~RM 120,000), varian yang lebih rendah ZS EV D didatangkan dengan lampu hadapan dan belakang LED, Lampu Nyalaan Siang (DRL) dan rim aloi 17-inci sebagai standard.

Varian ini juga didatangkan dengan kluster instrumen digital 7-inci dan sistem infotainment skrin sentuh 10-inci yang menampilkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 05

Ciri keselamatan termasuk 6 beg udara, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pertukaran Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong dan Kawalan Pelayaran Boleh Ubah (ACC).

Naik ke varian MG ZS X spesifikasi lebih tinggi berharga THB 1,023,000 (~ RM 129,000), pembeli akan menerima bumbung suria panoramik, pengecas nirwayar serta sistem keselamatan tambahan seperti Bantuan Amaran Pertukaran Lorong, Pengesan Titik Buta dan Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA).

Pernah dipandu uji di Malaysia, MG ZS EV kini terima facelift di Thailand! 06

Bagi pasaran kita pula, Malaysia dilaporkan masih menunggu tarikh pelancaran rasmi MG ZS EV. Sumber yang arif dengan perkara itu memberitahu bahawa MG dijangka akan mengumumkan pengedar Malaysia yang baru dilantik tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, sama ada model facelift atau pra-facelift yang akan ditawarkan masih belum diketahui.

Baca: Spyshot: MG ZS EV 2021 di lebuh raya, masih ada peminat SUV elektrik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG ZS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia