window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit!

Faisal ยท Sep 1, 2021 10:00 AM

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 01

Anda ingat lagi tak Honda Freed? MPV 7 penumpang kompak dengan pintu gelangsar ini pernah dibawa masuk oleh Honda Malaysia (dari Indonesia) pada tahun 2010. Kini, jualannya di peringkat dunia telah mencecah 1 juta unit pada Jun yang lalu.

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 02

Bagi anda yang belum tahu, Honda Freed sebenarnya berkongsi platform yang sama dengan Honda Jazz dan City ketika itu. Trenkuasanya juga menggunakan enjin petrol 1.5L SOHC i-VTEC (118 PS, 148 Nm tork) dan transmisi automatik 5 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 01

Sewaktu dilancarkan ke pasaran kita, ia berhadapan dengan saingan dari MPV seperti Toyota Avanza, Proton Exora, dan Nissan Grand Livina.

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 02

Namun begitu, harga ketiga-tiga saingan itu tidak mencecah RM 100k langsung. Honda Freed pula ditawarkan bermula harga RM 99,800 hingga RM 113,500.

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 03

Secara tidak langsung, harga sebegini membuatkan Honda Freed sukar untuk mendapat tempat di pasaran seperti Malaysia. Disebabkan itu, MPV kompak yang cun ini hanya dijual oleh Honda Malaysia sehingga tahun 2014 sahaja.

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 04

Kini, Honda Freed sudah berada di generasi kedua yang mana ia dikeluarkan sejak tahun 2016. Malah, model facelift baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2019. Walaupun Honda Freed di Malaysia tidak menerima nasib yang baik, MPV ini tetap ada kelebihan yang tersendiri.

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 05

Yang paling jelas sekali sudah tentulah saiznya. Disebabkan itu, MPV ini tidak leceh untuk dipandu, apatah lagi untuk diparkir. Pintu gelangsar yang didatangkan juga tidak memakan ruang langsung.

Juga bacaToyota Wish dan Honda Stream, pemilihan pintu yang gagal punca MPV ini merudum?

Pernah tembus pasaran Malaysia, jualan Honda Freed kini cecah 1 juta unit! 06

Malah, penumpang belakang pun boleh keluar masuk dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, ia boleh memuatkan 7 orang sekaligus. Jadi, apa lagi yang anda mahu?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda