window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini

Haris · Mar 8, 2023 02:00 PM

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 01

Perodua, pembekal dan pengedarnya terus mengorak langkah ke hadapan apabila pengeluaran terkini (YTD) bagi pengeluar kereta nasional itu meningkat 32.95% kepada 51,134 unit daripada 38,460 unit manakala jualannya turut meningkat 33% kepada 46,385 kenderaan daripada 34,865 kenderaan untuk dua bulan pertama tahun ini.

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 02

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada para pengedar Perodua yang lebih baik serta komunikasi yang menyeluruh di dalam ekosistem dan juga para
pelanggan Perodua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 01

“Walaupun masih terdapat banyak lagi cabaran di dalam isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, tetapi kami berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka di dalam pengeluaran dan jualan kami dan untuk itu kami
berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kami atas komitmen mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 02

Beliau berkata setakat ini, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan Perodua sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi permintaan tersebut.

“Hasilnya, purata tempoh menunggu setakat 28 Februari kini adalah di antara 2.5 bulan dan 8 bulan. Semestinya, tempoh masa ini adalah tertakluk kepada model, varian dan warna,” kata Dato’ Sri Zainal.

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 03

“Oleh yang demikian, kami memohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang,” kata
beliau.

Baca: Perodua Axia terima 3.5k tempahan dalam masa seminggu, sasar 5.2k unit jualan sebulan!

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 04

Beliau menambah, Perodua akan terus meningkatkan operasi termasuk ekosistemnya serta masa penghantaran kepada para pelanggannya.

Dato’ Sri Zainal berkata unjuran industri automotif dan Perodua diramalkan positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.

Perodua akan tingkatkan kestabilan tenaga kerja di peringkat vendor, punca waktu menunggu lama ketika ini 05

“Tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali buat para pembekal automotif untuk memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi.

Kami juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri,” katanya.

Baca: Spekulasi: Perodua Axia D74A baharu akan dijual sehingga 2029 sahaja - kurang 3 tahun berbanding sebelum ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda