window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia?

Haris · May 28, 2020 08:00 PM

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 01

Model pacuan belakang Perodua Avanza mungkin diberikan nafas baru apabila sebuah kenderaan konsep dipertontonkan dengan imej crossover antara Toyota Avanza dan Perodua Alza.

Boleh digelar Perodua Alvanza?

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bulan April yang lepas, sebuah kenderaan konsep Daihatsu DN Multisix telah dipertontonkan pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (2017 GIIAS). Model ini dilihat sebagai generasi baharu kepada kedua-dua model Toyota Avanza dan Perodua Alza memandangkan model tersebut telah lama berada di pasaran.

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 01

Menurut laporan Creative Trend, Daihatsu sedang membangunkan sebuah MPV berasaskan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) berdasarkan konsep Daihatsu DN Multisix tersebut.

Ini sebuah berita baik bagi pasaran sekitar ASEAN kerana MPV Daihatsu yang baru ini boleh menjadi asas kepada Toyota Avanza dan Perodua Alza. Oleh itu, kedua-dua model tersebut berkemungkinan dikemas kini menjadi satu model sahaja.

MPV dengan kuasa turbo dengan tren kuasa hibrid

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 02

Selain daripada platform DNGA, MPV Daihatsu yang terbaru ini juga mungkin akan datang dengan enjin 3 silinder 1.0 liter bercas turbo yang turut digunakan pada Toyota Raize atau Daihatsu Rocky.

Tambah menarik lagi, ada juga yang menyebut MPV ini bakal dijana enjin 1.2 liter hibrid petrol-elektrik!

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 03

Hal ini kerana, Perodua juga pernah mempamerkan sebuah enjin dengan sistem hibrid pada Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) berdasarkan teknologi hibrid Daihatsu. Sistem tersebut menampilkan pek bateri yang diletakkan di bawah tempat duduk belakang dan enjin elektrik yang menjana kuasa ke roda depan.

Bukankah Avanza sebuah kenderaan pacuan roda belakang?

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 04

Memang benar bahawa Avanza adalah sebuah kenderaan pacuan roda belakang manakala Alza pula sebuah kenderaan pacuan hadapan. Berdasarkan ura-ura, MPV berasaskan platform DNGA tersebut adalah pacuan roda hadapan. Hal ini sama seperti kenderaan konsep Daihatsu DN Multisix.

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 05

Sejak awal kemunculannya, Toyota Avanza sememangnya sebuah MPV pacuan roda belakang kerana direka sebagai sebuah model yang lebih premium kepada pengguna Toyota Kijang (atau lebih dikenali sebagai Toyota Unser).

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 06

Namun pada hari ini, kesemua MPV yang dijual di Indonesia adalah pacuan depan. Antaranya Mitsubishi Xpander (bersama dengan kembar Nissan Grand Livina), Honda Mobilio dan Suzuki Ertiga. Kenderaan Hijau Kos Rendah (Low-Cost Green Vehicle) seperti Daihatsu Sigra dan Toyota Cayla juga adalah pacuan depan.

Malahan, Mitsubishi Xpander merupakan MPV kedua terlaris di Indonesia, mengatasi Honda Mobilio dan Suzuki Ertiga.

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 07

Lagi pula, terdapat ramai pengguna yang menaik taraf daripada Daihatsu Sigra dan Toyota Cayla yang juga merupakan kenderaan pacuan depan.

Dalam usaha perkongsian platform antara Toyota Avanza dan Perodua Alza, menggunakan sistem pacuan roda depan sebagai standard dilihat membantu memudahkan usaha sama tersebut.

Daihatsu terkenal dalam merealisasikan kenderaan konsepnya.

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 08

Berdasarkan pengalaman, beberapa kenderaan konsep Daihatsu yang dipertontonkan di Jakarta telah menjadi realiti. Antara model yang telah dikeluarkan adalah Alya, Sigra, Rocky dan yang terbaru, Terios (dikenali sebagai Toyota Rush / Perodua Aruz di Malaysia).

Anggaran tarikh pelancaran

Perodua Alvanza: Dalam perancangan untuk pasaran Malaysia? 09

Spekulasi daripada Creative Trend mengatakan bahawa MPV Daihatsu yang terbaru akan dilancarkan sekitar Disember 2020. Ini bermakna Alza / Avanza berkemungkinan bakal dihasilkan dalam tahun 2021. Sama sama kita nantikan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda