window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga!

Faisal · May 27, 2021 03:30 PM

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 01

Setelah membuat debut pada tahun 2009, Perodua Alza kini adalah antara kereta paling lama dalam pasaran Malaysia sekarang. Tetapi nampaknya, MPV ini tidak akan beransur lebih lama kerana penggantinya iaitu D27A mungkin dilancarkan seawal akhir tahun ini juga.

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 02

Mungkinkah ia kelihatan seperti konsep Daihatsu DN Multisix?

Menurut laporan pembekal Perodua sendiri iaitu Sapura Industrial Berhad (SIB), pihak mereka kini sedang giat membangunkan komponen dan peralatan untuk pengganti Perodua Alza. Mereka turut menjelaskan bahawa pelancaran MPV ini dijangka pada akhir tahun 2021.

Juga bacaDaihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 01

Selain itu, SIB juga mengulas bahawa mereka sedang mempersiapkan bekalan untuk Case Differential Assembly oleh Akashi Kikai Industry Malaysia. Menariknya, produksi komponen ini juga disasarkan pada Disember 2021.

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 02

Apapun, kelancaran pembekalan ini bergantung pada pelbagai faktor. Salah satunya ialah situasi Covid-19 yang sedang melanda. Sekiranya produksi dapat berjalan dengan lancar, tidak mustahil kalau MPV Perodua yang baru ini dapat dilancarkan pada akhir tahun ini juga.

Juga bacaAdakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021?

Alza dengan platform DNGA

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 03

Buat masa ini, perincian mengenai pengganti Perodua Alza belum dapat dipastikan. Namun demikian, MPV ini mungkin berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Malah, ia mungkin dibangunkan sekali sebagai Toyota Avanza baru.

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga! 04

Seperti yang pernah kami laporkan, Avanza generasi seterusnya bakal dibangunkan dengan asas teknologi hibrid sederhana (mild-hybrid). Kalaulah betul teknologi ini dikongsikan, kita mungkin dapat melihat model hibrid Perodua yang pertama melalui ketibaan D27A.

Walau bagaimanapun, hanya masa yang dapat menentukan segalanya. Jadi, ikuti kami untuk perkembangan terkini.

Juga bacaPerodua Alza baharu akan menggunakan teknologi separa hibrid?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda