window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras

Amirul Β· Jul 3, 2021 08:00 PM

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 01

Kadang-kadang agak janggal bila memikirkan ada produk (dalam konteks automotif) yang berada terlalu lama dalam pasaran. Apa maksudnya?

Secara purata, jangka hayat sesebuah kereta itu adalah sekitar 4 hingga 8 tahun, jadi sebarang kereta yang tidak menepati ‘panduan’ ini, dikira janggal atau pelik.

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 02

Ya, memang ada kereta yang pernah dijual terlalu lama. Contohnya, Mitsubishi Lancer generasi ketujuh (10 tahun) dan Toyota Land Cruiser 200 (juga 10 tahun). Dalam konteks Malaysia, kita ada Perodua Alza yang sudah bersama kita sejak 2009, dan kini kita sudah separuh tahun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 01

Kita memang menantikan ketibaan pengganti Alza dengan platform DNGA (nama kod D27A). Sementara menunggu, di sini kami senaraikan beberapa ciri atau penambahbaikan yang akan menjadikan Perodua Alza serba baharu suatu produk yang berjaya. Mari kita lihatkan.

Trenkuasa lebih baik, lebih moden

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 02

Enjin sudah berusia, tapi tahan lasak

Jujur kami katakan, unit 1.5-liter 3SZ-VE 4-silinder (104 PS, 136 Nm) bukanlah suatu enjin yang teruk pun, tetapi ia juga tidak canggih. Dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan, MPV tujuh tempat duduk itu terasa agak lembap. Ia perlu tenaga untuk bawa tujuh orang!

Juga baca: Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 03

Transmisi juga tahan lasak, tetapi tidaklah mengagumkan

Ya, kuasa dan tork bukanlah segala-galanya, segmen ini bukan untuk berlumba. Tapi kami rasakan tiada salahnya jika Alza baharu nanti mendapat sedikit tenaga turbo. Kebetulan pula Perodua sudahpun mempunyai unit berkuasa turbo iaitu 1KR-VET 1.0-liter 3-silinder (98 PS, 140 Nm) yang memacu Ativa.

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 01

Ini barulah enjin yang padu!

Dipadankan dengan transmisi D-CVT (juga dalam Ativa), kami hampir pasti ianya akan menjadikan Alza lebih sedan dan bersahaja untuk dipandu.

Atas kertas, tidak banyak beza output, tetapi tork puncak Ativa iaitu 140 Nm dihasilkan pada 2,400 rpm. Alza sedia ada? 136 Nm pada 4,400 rpm. Dari pengalaman kami dalam Ativa, ia menjadikan pemanduannya jauh lebih baik.

Juga baca: Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?

Fungsi keyless/terkini untuk keluar/masuk kereta

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 02

Satu lagi ciri yang tiada kompromi, wajib ada pada Alza baharu nanti ialah 'keyless entry' dan 'ignition', atau masuk dan menghidupkan kereta tanpa kunci. Ia bukan wajib pada 2009 dulu, tapi untuk jualan pada 2021, hampir semua kereta mempunyainya.

Juga baca: Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci!

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 03

Malah kereta Perodua paling mampu milik – Axia dan Bezza – juga mendapat ciri ini, jadi tiada alasan untuk Alza tidak mempunyainya.

Oh ya, mungkin ini juga peluang untuk Perodua memberikan sistem 'keyless' pada kedua-dua pintu depan Alza. Antara perkara yang kami kurang suka pada kenderaan Perodua masa kini ialah 'keyless' hanya pada sebelah pemandu.

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 04

Jangan pula anda harap ada 'suicide doors' pada Alza baharu nanti

Perodua juga dilihat mengehadkan teknologi kepada varian-varian lebih tinggi sahaja seperti keyless entry, lampu LED, malah ADAS juga. Dan ini membawakan kita kepada hujah seterusnya.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Ciri keselamatan dan ADAS lebih menyeluruh

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 05

Alza sedia ada hadir dengan sepasang beg udara, malah turut mendapat ibu segala ciri keselamatan, iaitu ABS. Dan itu sahaja. Oh ya, ada juga cagak ISOFIX. Tiada traction control, tiada stability control, tiada ADAS. Tetapi masih berjaya dijual hari ini.

Juga baca; Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke?

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 06

Jelas sekali Alza baharu perlukan ini

Jadi, bagaimana penggantinya hendak jadi lebih baik. Tidaklah susah pun. Bagi sahaja beg udara penuh (depan, sisi dan tirai), kemudian tambah stability dan traction control, dan lengkapkan dengan Smart Drive Assist (sistem ADAS Perodua) yang ada pada Ativa sekarang.

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 01

Cuba bayangkan: sebuah Perodua Alza, lengkap dengan semua teknologi dan ciri keselamatan yang sebelum ini hanya pada kenderaan lebih mahal. Menarik, bukan?

Kesimpulan

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 02

Anda tak perlu jadi genius untuk menyedari bahawa Perodua Alza perlu keluar dari situasi ini. Memang kami ‘kagum’ kalau anda boleh selamba sahaja masuk bilik pameran dan mahu menempah sebuah Perodua Alza baharu. Ini lebih gila dari berkata air suam mampu mengubati Covid-19.

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 01

Apa pun, kami yakin Perodua mampu menghasilkan Alza serba baharu yang jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Jika Alza menepati semua penambahbaikan yang kami nyatakan di atas, ia pasti laku keras.

Juga baca: Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 02

Nantikan segala perkembangan Alza di sini dan kami akan laporkan sebaik sahaja kami dapat sebarang maklumat terkini mengenai MPV tujuh tempat duduk kegemaran rakyat Malaysia ini.

Juga baca: Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras 03

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda