window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR?

Faisal · Oct 15, 2022 10:00 AM

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 01

  • Perodua Alza 2022 varian AV dah pakai brek parkir elektrik (EPB)
  • Parkir 'double park' seperti mustahil
  • Kalau nak, pakai cara 'Shift Lock'

Seperti yang anda tahu, Perodua Alza 2022 sudahpun mula menjadi fenomena. Dan kalau anda perasan, model terdahulu pun bukan main popular lagi. Kalau lihat di kawasan perumahan ‘flat’ atau pangsapuri rakyat seperti PPR, sampai boleh juling mata dibuatnya.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 02

Namun kalau diperhatikan betul-betul di kawasan itu, banyak yang meletakkan Alza mereka secara ‘double park’ kerana lot parkir yang disediakan tidak cukup untuk menampung bilangan kenderaan yang penghuni miliki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 01

Apapun, Alza tetap Alza dan generasi baharu buat MPV rakyat paling mampu milik ini pasti akan mula membanjiri kawasan-kawasan perumahan berkenaan.

Juga bacaRebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 02

Tetapi kalau diteliti balik, Alza 2022 khususnya varian teratas AV sudah mula menggunakan brek parkir jenis elektrik (EPB). Jadi, untuk mereka yang beli varian ini, boleh ke letak double park macam Alza sebelum ini?

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 03

Bagi anda yang belum tahu, kebanyakan kereta-kereta canggih sebelum ini kalau letak gear di posisi ‘N’ pun kunci tak boleh cabut. Sesetengah jenama pula nak kunci pintu pun tak boleh kerana gear bukan dalam posisi ‘P’. Jadi, nak double park tu memang taklah kan? Menyusahkan pengguna lain ada lah kerana kereta anda tidak boleh ditolak langsung.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 04

Jadi, persoalannya, adakah Alza 2022 varian AV yang canggih ini boleh diletakkan secara double park? Jawapannya tidak boleh! Kalau anda letakkan gear di 'N' dan tidak mengaktifkan EPB, enjin tidak boleh dimatikan langsung. Malah, nak kunci pintu pun tidak dapat. Dekat kluster instrumen juga akan tunjuk amaran "Please park to 'P'.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 05

Varian X dan H datang dengan brek parkir konvensional.

Tetapi ini bukan kesudahannya kerana terdapat fungsi 'Shift Lock'. Apa yang anda perlu buat ialah turunkan EPB dan letak gear ke posisi 'P'. Kemudian, matikan enjin. Setiap kunci pula ada jenis fizikal. Jadi, anda masukkan ke lubang Shift Lock dan letak gear ke 'N'. Kemudian, bolehlah keluar dan kunci pintu. Selesai masalah.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 06

Secara amnya, kebanyakan kereta moden yang menggunakan EPB selalunya diprogramkan supaya terus mengaktifkan brek parkir setiap kali enjin dimatikan. Teknologi sebegini sudah pastinya tidak sesuai untuk penghuni di kawasan PPR atau flat. Kalau nak godam sistem mungkin boleh tapi jaminan waranti pasti akan terbatal.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 07

Cari gaduh nampak?

Apapun, mereka yang terpaksa meletak kereta secara double park dinasihatkan agar menjaga jarak di antara kereta depan dan belakang supaya bampar tidak bersentuh. Kalau tidak, boleh gaduh dibuatnya. Lagi satu, pastikan brek parkir tidak ditarik atau diaktifkan langsung. Yang paling penting, gear haruslah berada dalam posisi 'N'.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 08

Contoh batu penyendal.

Seandainya jalan di tempat itu tidak rata, anda boleh sandarkan tayar dengan batu kecil supaya kereta tidak tergelonsor.

Perodua Alza AV 2022 guna brek parkir EPB, masih boleh ke 'double park' di rumah flat/PPR? 09

Bayangkan Alza 2022 yang bukan main baru lagi sudah 'tercium' kereta lain. Sayang kan?

Juga baca:

Video: 'Double park' sampai halang kereta keluar, nombor plat & cermin sisi Perodua Viva ini dilunyai

(Video) Toyota Vios ‘double park’ kena ‘tibai’ longgokan sampah atas kereta. Patut atau tak?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda