window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo

Faisal · Nov 13, 2021 10:00 AM

Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo 01

Menurut laporan Paultan, Perodua Alza yang kini sudah 12 tahun dalam produksi akan melabuhkan tirainya pada akhir Januari akan datang dan tidak akan lagi dihasilkan menjelang Februari 2022. Laporan itu turut menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat atas dasar piawaian kadar pelepasan ekzos.

Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo 02

Berdasarkan sumber terdekat, pengedar Perodua masih lagi mengambil tempahan Alza supaya stok yang ada dapat dihabiskan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo 01

Toyota Avanza generasi baru.

Untuk makluman anda, Perodua Alza generasi seterusnya telahpun dikhabarkan sebagai model kembar kepada Toyota Avanza serba baharu. Namun begitu, ia tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat kerana MPV yang dirujuknya itu baru sahaja debut di Indonesia, iaitu sekitar awal minggu ini.

Juga baca2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022?

Lagipun, Perodua kini sedang sibuk dengan pelancaran Myvi 2022 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Malah, mereka sedang giat menguruskan tempahan yang tertunggak akibat bekalan cip semikonduktor yang terhad.

Juga baca: SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov!

Buat masa ini, Perodua Aruz akan menjadi model 7 tempat duduk solo dalam syarikat itu.

Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo 02

Mengenai Perodua Alza sendiri, MPV ini diperkenalkan pada tahun 2009 dan pada tahun 2014, ia menerima kemaskini pertama yang melibatkan kosmetik dan peletak kerusi kanak-kanak ISOFIX. Satu lagi pembaharuan diberi pada tahun 2018 untuk mengekalkan saingan dan pengaruh dalam pasaran MPV yang semakin sengit.

Juga bacaPerodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras

Bagi anda yang belum tahu, MPV kegemaran rakyat ini dikuasai oleh enjin 1.5L DVVT yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm tork. Hembusan tenaga ini dihantar ke roda depan melalui transmisi manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

Juga bacaDaihatsu Xenia 2022 membuat debut – potensi kembar Perodua Alza serba baharu kini rasmi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda