window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan!

Haris · Dec 17, 2021 05:00 PM

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan! 01

Lakaran oleh Theophilus Chin

Bukan suatu rahsia yang besar apabila Perodua telah mengumumkan akan tampil dengan Perodua Alza generasi baharu pada tahun 2022 kelak. Namun khabar angin terbaru menyatakan bahawa pelancaran model tersebut mungkin akan tertunda atas sebab-sebab tertentu.

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan! 02

Perodua Alza yang akan dihentikan

Menurut laman Funtasticko, pengedar Perodua telah menerima notis yang memberitahu bahawa tempahan untuk Perodua Alza akan ditamatkan pada Januari 2022. Langkah ini seolah-olah mengesahkan kehadiran Perodua Alza generasi baharu, selepas 12 tahun dalam pasaran.

Baca: Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan! 01

Alza baharu akan berkongsi platform DNGA dengan Ativa

Pelancaran Perodua Alza generasi baharu dijangka akan hadir pada suku pertama tahun 2022. Tempoh masa awal tersebut juga agak konsisten dengan sebarang pelancaran terbesar tahunan yang sering dilakukan oleh Perodua.

Namun, khabar angin menyatakan bahawa tempoh tersebut akan ditunda ke suku ke-3 tahun 2022 dan ke atas. Laman Mekanika turut menyatakan bahawa ia mungkin seawal Mei 2022.

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan! 02

Apple Carplay dalam Mitsubishi Xpander

Perodua Alza generasi baharu disebut-sebut akan dibangunkan melalui proses rebadge Toyota Avanza - Daihatsu Xenia. Malah, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Perodua Alza akan ditawarkan dengan Apple Carplay dan Android Auto, menjadikannya berkali ganda lebih maju berbanding model tempatan lain.

Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan! 03

Barisan pengeluaran di kilang Perodua Rawang akan menjalani naik taraf perkakasan (jentera pengeluaran dan mesin) untuk memenuhi keperluan Perodua Alza serba baharu pada Januari 2022.

Baca: 2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda