window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza D27A 2022 belanja 'teaser' lagi, nampak biasa tapi rupanya kelebihan berbanding MPV 7-penumpang lain!

Haris ยท Jul 12, 2022 11:00 AM

Perodua Alza D27A 2022 belanja 'teaser' lagi, nampak biasa tapi rupanya kelebihan berbanding MPV 7-penumpang lain! 01

Bukan lagi suatu rahsia, 2022 Perodua Alza generasi kedua semakin menghampiri tarikh pelancarannya walaupun masih dirahsiakan. Hal ini berikutan banyak iklan acah yang dimuat naik di laman sosial Perodua yang mengujakan pembeli prospek terhadap MPV segmen B ini.

Walaubagaimanapun, terdapat satu iklan acah yang nampak biasa tetapi mungkin menjadi kelebihan utama di antara Perodua Alza dengan kenderaan 7-penumpang lain.

Iklan yang dimaksudkan adalah mengenai jarak kelegaan tanah yang lebih rendah bagi Perodua Alza.  

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza diacah mempunyai jarak kelegaan tanah yang rendah namun berapa pula ketinggian yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa kenderaan 7-penumpang yang boleh dijadikan panduan:

Model Jarak Kelegaan Tanah (mm)
2022 Toyota Veloz (baru) 190
2022 Daihatsu Xenia (baru) 195
Mitsubishi Xpander 205
2022 Honda BR-V (baru) 220
Toyota Rush 220

Berdasarkan perbandingan tersebut, jangkakan jarak kelegaan tanah Perodua Alza sekitar 190 - 195 mm. Malah, tidak keterlaluan jika jarak kelegaan tanah Perodua Alza 2022 mungkin lebih rendah daripada itu untuk membezakannya dengan Toyota Veloz.

Selain itu, iklan acah terbaru Perodua Alza juga memaparkan corong udara baris kedua yang diposisikan pada bahagian atas.

Tidak dilupakan juga, ia turut memaparkan perehat lengan untuk penumpang baris kedua.

Ciri-ciri ini dijamin akan memberikan keselesaan kepada penumpang di bahagian belakang dan sememangnya merupakan ciri penting dalam sebuah MPV yang beroperasi di dalam iklim seperti Malaysia.

Baca: 

Lagi Iklan Perodua Alza 2022 D27A - dedah 7 tempat duduk selesa untuk dewasa sampai baris ke-3!

Perodua Alza 2022 (D27A) kini ada iklan baru - ada mod memandu pada bahagian stereng!

Iklan Perodua Alza 2022 (D27A) terbaru - belanja sipi muka depan, warna coklat, kamera 360-darjah & tempat duduk semi-kulit!

Iklan Perodua Alza 2022 D27A terkini - tayang EPB, brake hold & central locking mudah akses!

Iklan Perodua Alza 2022 D27A terbaru - belanja gril & kamera depan, lampu LED dan rim dwi-tona!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda