window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima!

Haris · Jul 20, 2022 11:59 AM

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 01

  • Perodua akan menghasilkan 3,000 unit Alza sebulan
  • Pendaftaran bulan pertama dianggarkan mencecah 4,300 unit
  • Anggaran tempoh menunggu mencecah 10 bulan

Perodua telah menerima lebih 30,000 unit tempahan untuk Perodua Alza 2022 sejak tempahan dibuka pada 23-Jun. Daripada jumlah ini, hampir 4,000 unit tempahan telah ditukar daripada Alza generasi sebelumnya, sebelum buku pesanan dibuka secara rasmi.

Model MPV 7-penumpang terbaru syarikat itu dilancarkan awal pagi ini, dengan harga antara RM 62,500 hingga RM 75,500.

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun bilangan tempahan yang tinggi, Perodua berkata semua tempahan Alza yang dibuat pada atau sebelum 30-Jun 2022 akan dipenuhi sebelum 31-Mac 2023, tarikh akhir untuk mendaftarkan kereta yang dikecualikan SST.

Cukai jualan (SST) 10 peratus untuk kereta baharu disambung semula pada 1-Julai 2022, selepas ia dilaksanakan selama setahun.

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 01

Sebelum ini, kereta perlu didaftarkan sebelum tarikh tutup 30-Jun 2022 untuk melayakkan diri mendapat harga dikecualikan SST. Bagaimanapun, kerajaan telah melanjutkan tempoh ini kepada 31-Mac 2023, memandangkan gangguan teruk dalam rantaian bekalan yang menjejaskan industri automotif global.

30,000 unit tempahan Alza yang diterima sebelum pelancaran adalah rekod tertinggi pernah dicapai oleh mana-mana model Perodua.

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 02

"Pencapaian ini disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan, yang tamat tempoh pada 30-Jun 2022 dan daripada lebih 200,000 tempahan yang kami pegang pada masa ini, hampir 15 peratus adalah untuk tempahan penuh model baharu ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 03

"Mulai hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara. Selain itu, kami memberi jaminan kepada pelanggan kami yang menempah Perodua Alza serba baharu mereka pada atau sebelum 30-Jun akan menerima kenderaan mereka. sebelum tarikh akhir 31-Mac 2023," tambahnya.

Syarikat itu juga mengatakan terdapat anggaran tempoh menunggu selama 10 bulan untuk Perodua Alza 2022.

Perodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima! 04

Seperti sebelum ini, Perodua Alza dibuat di kilang Perodua di Rawang. Khususnya, di Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB), yang turut membuat Myvi, Aruz, dan Toyota Rush (bekalan OEM, pembuatan kontrak).

Kilang itu akan mengeluarkan 3,000 unit Perodua Alza sebulan. Bagaimanapun untuk bulan pertama jualan, Perodua menyasarkan untuk menghantar kira-kira 4,300 unit.

Perodua berkata Alza mempunyai 95 peratus kandungan tempatan, sama seperti Ativa, yang dibuat di Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB), pada barisan yang sama dengan Axia dan Bezza.

Baca: Perodua Alza 2022 D27A baru dilancarkan di Malaysia - harga dari RM 62.5k - RM 75.5k, 1.5L, D-CVT

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda