window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB

Haris · Jul 14, 2021 02:00 PM

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 01

Setelah 12 tahun dalam pasaran, Perodua dijangka akan segera menghentikan Perodua Alza. Dalam tempoh tersebut, Perodua Alza telah menjadi satu-satunya model Perodua tanpa kawalan kestabilan.

Malah, Axia yang jauh lebih murah juga sudah dilengkapi dengan fungsi kawalan kestabilan ini.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 01

Laporan awal mendapati bahawa Perodua Alza generasi baru akan menjadi model kembar kepada Toyota Avanza serba baru. Format ini meniru susunan yang sama dengan Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Susunan ini adalah berdasarkan khabar angin di mana Perodua Alza dan Toyota Avanza baru akan dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) - platform yang sama digunakan untuk Perodua Ativa.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 02

Enjin 1.5 liter pada Perodua Myvi

Perodua Alza generasi baru juga akan menerima susunan pacuan hadapan. Di samping itu, kapasiti enjin 1.5 liter dikekalkan namun kudrat enjin 2NR-VE Dual VVT-i yang lebih terkini digunakan. Gandingan transmisi pula adalah automatik CVT, menggantikan automatik 4-kelajuan yang sudah lapuk dek zaman.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 03

Susunan beg udara pada Perodua Aruz. Alza baru akan menerima susunan yang sama.

Selain daripada perincian trenkuasa tersebut, Perodua Alza juga akan dikemaskini dengan 6 beg udara dan brek kecemasan berautonomi (AEB). Brek AEB adalah salah satu fungsi di dalam pakej Perodua A.S.A yang lebih terkini.

Fungsi ini juga dilihat bakal meletakkan Perodua Alza setara dengan produk Perodua yang lain.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 04

Adaptive Cruise Control (ACC) di dalam Perodua Ativa

Melihat kepada posisi harga, Perodua Alza juga dijangka akan dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist (LKA), kerana cadangan harganya lebih mahal daripada Perodua Ativa. Kurang meyakinkan jika Perodua Alza boleh memenangi hati pelanggan dengan tawaran harga di atas Ativa tanpa fungsi jualan unik Ativa ini.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 05

Adakah benar Toyota Avanza dan Perodua Alza akan disatukan menjadi 1 model sahaja?

Ya - melihat kepada kerjasama kedua-dua Toyota dan Daihatsu, beberapa model perlu dicantas bagi meningkatkan lagi efisiensi model dalam memenuhi permintaan pasaran. Justeru, adalah lebih baik jika mereka menggabungkan kedu-dua MPV yang sudah tua ini menjadi satu model.

Perodua Alza generasi baru 2022 bakal hadir dengan 6 beg udara dan AEB 06

Daihatsu Boon Luminas

Model asas Perodua Alza iaitu Daihatsu Boon Luminas dan Toyota Passo Sette di pasaran Jepun telah dihentikan selepas berada dalam pasaran lebih dari 10 tahun. Maklumat ini menjelaskan bahawa situasi mengapa Perodua tidak melancarkan model Alza baru.

Lebih banyak perincian tentang Alza boleh didapati di pautan berikut. Sementelahan itu, adakah MPV dari Perodua ini bakal menjadi satu-satunya MPV tempatan? Sama-sama kita nantikan!

Bacaan Lanjut:

Perodua Alza 2022: Ini penambahbaikan yang wajib ada untuk pastikan ia laku keras

Perodua Alza 2022 dengan platform DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga!

Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda