window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza jadi hero selamatkan keluarga

Haris ยท Oct 23, 2020 11:00 AM

Perodua Alza jadi hero selamatkan keluarga 01

Nasib satu keluarga di Jerantut, Pahang berubah setelah diselamatkan oleh Perodua Alza. Kejadian tersebut yang berlaku di Kampung Lata Kaseh menyaksikan Perodua Alza dilanggar oleh tayar lori balak yang tercabut dan menuju ke rumah penduduk.

Pada pagi kejadian, suami kepada Siti Noraaisyah Abdul Rahman, 35, tergerak hati untuk meninggalkan Perodua Alza miliknya di rumah dan memilih motosikal untuk pergi ke tempat kerja. Gerak hati beliau menyelamatkan keluarganya dari dirempuh tayar lori balak berkenaan.

Perodua Alza jadi hero selamatkan keluarga 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Siti Noraisyah menceritakan bahawa dia mendengar bunyi dentuman yang kuat lalu dipanggil oleh ibu mertuanya.

"Saya terkejut melihat tayar lori yang tercabut merempuh kereta. Saya berasa bernasib baik kerana pada awalnya suami saya mahu bawa kereta tetapi disebabkan hujan rintik, dia tergerak menunggang motosikal sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

"Lega dan syukur kerana ibu mentua saya juga selamat. Selalunya ibu mentua saya berkebun di hadapan rumah,"

“Kereta pula remuk di bahagian kanan dan mengalami beberapa kerosakan. Laporan polis telah dibuat.

Perodua Alza jadi hero selamatkan keluarga 01

"Setakat ini kami tidak menerima apa-apa bayaran ganti rugi. Majikan lori berkenaan ada memberitahu akan menanggung kos pembaikan kereta itu menggunakan tuntutan insurans lori balak berkenaan," ujar Siti Noraaisyah lagi.

Keluarga tersebut bernasib baik kerana tidak berada di luar rumah ketika kejadian berlaku. Menurutnya lagi, jalan tersebut memang menjadi kebiasaan dilalui oleh lori balak namun ini kejadian pertama tayar lori balak sesat dan merempuh ke kawasan rumah penduduk.

Sumber: Sinar Harian

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda