window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke?

Haris · May 22, 2020 08:00 PM

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 01

Perodua Alza merupakan MPV 7 tempat duduk paling berpatutan di Malaysia, dengan harga bermula atas RM 54,000 untuk varian transmisi automatik paling murah. Alza juga dilihat sedikit ketinggalan zaman kerana telah berada agak lama di pasaran iaitu sejak tahun 2009 lagi.

Secara amnya, Alza tidak banyak berubah dalam 10 tahun belakangan ini. Selain penambahan 2 beg udara, ABS dan ISOFIX sebagai ciri standard dan beberapa naik taraf aksesori lain, kelengkapan Alza dilihat agak baik namun tidak sebaik Myvi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza dibina menggunakan platform yang sama seperti yang terdapat dalam Myvi generasi pertama.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 01

Walaupun begitu, kapasiti enjin Alza adalah berbeza dengan Perodua Myvi sekarang. Alza masih menggunakan enjin 3SZ-VE yang sama dengan Myvi generasi terdahulu sedangkan Myvi generasi sekarang menggunaan 2NR-VE yang lebih baru dengan fungsi VVT-i. Tiada perbezaan signifikan dari segi kuasa tetapi enjin 2NR-VE yang baru lebih senyap dan lebih efisien dari segi penggunaan bahan api.

Kehadiran Perodua Aruz yang juga mempunyai 7 tempat duduk dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih baik menimbulkan persoalan mengapakah Alza masih lagi ditawarkan oleh Perodua.

Adakah harganya dikira mampu milik?

Harga Perodua Alza bermula dari RM 51,490 untuk 1.5S MT yang juga merupakan varian khas untuk spesifikasi teksi. Varian yang dipasarkan kepada umum adalah varian 1.5S AT dan ke atas.

Tidak banyak perbezaan ciri antara kesemua varian transmisi automatik selain daripada penambahan skrin hiburan untuk bahagian belakang dan kamera belakang untuk varian 1.5AV.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 02

Varian pilihan kami adalah varian 1.5 SE. Hal ini kerana harga bagi varian 1.5 AV terlalu dekat dengan Proton Exora Premium, yang ditawarkan dengan penambahan ciri kawalan kestabilan (Traction Control), corong pendingin hawa untuk bahagian belakang serta tempat duduk baris ketiga yang lebih luas.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 03

Kebaikan dan keburukan

Walaupun Alza adalah sebuah model lama, penggunaan dan keselesaan yang ditawarkannya jauh lebih baik berbanding Perodua Aruz. Jarak kelegaan tanah yang lebih rendah juga menjadikan Alza lebih mudah untuk keluar masuk berbanding Aruz yang lebih tinggi. Aruz mempunyai kelebihan dalam menangani banjir kilat tetapi Alza memudahkan kanak-kanak ataupun orang tua untuk keluar masuk kereta.

Pemanduan dan pengendalian Alza lebih mirip dengan kereta. Seperti yang telah diulas sebelum ini, Alza dibina berdasarkan generasi awal Myvi tetapi Aruz dibina berdasarkan Toyota Avanza. Hal ini memberi gambaran keselesaan dan dinamik pemanduan yang lebih baik pada Perodua Alza berbanding Aruz.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 04

Disebabkan Alza dibina berasaskan kereta penumpang, Alza adalah 150 kilogram lebih ringan daripada Aruz. Aruz pula datang dengan gabungan casis monocoque pada bahagian hadapan dan ladder frame pada bahagian belakang. Ini menjadikan Aruz lebih teguh dalam mengharungi jalan yang tidak rata serta berkemampuan untuk membawa muatan yang berat. Namun, kelebihan ini bermakna anda terpaksa berkompromi dalam aspek keselesaan perjalanan, pengendalian dan penggunaan bahan api.

Kelemahan pada Alza sudah tentu ciri keselamatannya yang kurang jika dibandingkan dengan Perodua Myvi.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 05

Tempat duduk di barisan ketiga juga kecil dan hanya boleh memuatkan kanak-kanak ataupun orang dewasa bersaiz kecil. Untuk bergerak ke barisan ketiga juga sukar kerana tempat duduk di barisan kedua tidak boleh dilipat ke hadapan seperti Aruz. Sebaliknya, ia hanya mampu meluncur dan condong sedikit ke hadapan apabila diperlukan.

Alza juga tidak mempunyai corong pendingin hawa dan blower di bahagian belakang namun hal ini tidak menjadi isu kerana kabinnya tidak sebesar MPV lain.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 06

Dengan erti kata lain, Alza sangat sesuai untuk keluarga yang mencari kereta harian untuk memandu antara rumah mereka ke pengasuh bayi dan kemudiannya ke tempat kerja. Keluarga sebegini jarang memerlukan akses ke tempat duduk barisan ketiga jadi kekurangan ruang di barisan terakhir bukanlah masalah besar. Kos perjalanan yang rendah dan aspek pengendalian mudah di bandar adalah jauh lebih penting.

Apa alternatif lain untuk Perodua Alza?

Alternatif yang paling terdekat adalah Proton Exora (dari 59,800 hingga RM 66,800). Jangka hayat model ini sama dengan Alza tetapi ianya menawarkan lebih banyak ruang dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang lebih baik. Kawalan kestabilan elektronik juga ada pada varian Premium.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 07

Selain itu, corong pendingin hawa Proton Exora berada pada setiap baris (pertama, kedua dan ketiga), menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk pemanduan jarak jauh.

Tempat duduk ketiga juga jauh lebih berguna, menawarkan ruang kaki yang mencukupi dan boleh memuatkan orang dewasa. Walaupun tempat duduk belakang tidak boleh dilipat, masih terdapat ruang yang cukup di bahagian but belakang untuk memuatkan kerusi roda kecil atau kereta bayi.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 08

Enjin 1.6 liter kuasa turbo Exora memang berkuasa namun pada masa yang sama menggunakan lebih banyak bahan api. Di samping itu, Aruz masih menggunakan suntikan bahan api melalui injap tradisional berbanding suntikan terus. Tidak adil sekiranya kita membandingkan enjin Aruz dengan enjin moden lain yang kecil namun lebih menjimatkan minyak dan mempunyai kuasa kuda yang mencukupi.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 09

Selain itu, Honda BR-V juga salah satu pencabar bagi Alza dan ianya keseimbangan yang lebih baik antara kuasa, keselesaan dan kos operasi yang rendah. Walaupun hanya mempunyai dua beg udara, Honda BR-V menawarkan Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control), yang memberikan aspek keselamatan aktif mahupun pasif yang cukup baik.

Kelemahannya tentu saja harga yang dijual antara RM 80,989 hingga RM 87,701.

Perodua Alza kini lebih 10 tahun di pasaran. Masih berbaloi ke? 10

Perodua Aruz (RM 72,900 hingga RM 77,900) menawarkan lebih banyak ciri keselamatan (enam beg udara dengan brek kecemasan automatik) dan juga ruang yang lebih besar di barisan ketiga tetapi aspek pemanduannya agak tidak selesa. Penggunaan bahan apinya tinggi dan bunyi kabin agak bising pada kelajuan lebuh raya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda