window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini?

Haris · Jan 26, 2022 04:55 PM

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 01

Imej lakaran oleh Theophilus Chin

Pada sidang media perkongsian prestasi perniagaan tahun 2022 baru-baru ini, Perodua telah mengesahkan bahawa model Perodua Alza generasi baharu akan dilancarkan pada tahun ini juga.

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 02

Model Perodua Alza generasi sekarang

Terdahulu, Wapcar melaporkan bahawa Perodua pada awalnya merancang untuk menghentikan pengeluaran Alza generasi sekarang - model lama yang kini berusia 12 tahun - menjelang akhir Januari, tetapi nampaknya perancangan tersebut telah ditunda.

Baca: Perodua Alza bakal ditamatkan Jan 2022, Alza baru menyusul separuh kedua tahun depan!

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Produksi Perodua Alza model sekarang, menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, akan dilanjutkan sehingga akhir April 2022, sebahagiannya disebabkan oleh jumlah tempahan tertunggak yang banyak dibawa dari tahun lepas.

Dia juga berkata bahawa ia akan menjadi "peralihan yang lancar" antara model lama dan model serba baharu, memberi petanda bahawa model baharu itu mungkin akan tiba pada bulan Mei 2022. Sebagai rujukan, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) telah dinaik taraf untuk mengeluarkan model berasaskan DNGA.

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 01

Dikenali dengan kod nama D27A, Perodua Alza serba baharu ialah model kembar kepada Toyota Avanza generasi baharu, mencerminkan perancangan yang sama seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Baca: Lagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 02

Indo-spec Toyota Avanza pictured

Oleh itu, pilihan trenkuasa juga tentunya sama seperti Toyota Avanza: enjin 1.5 liter raspirasi semula jadi 2NR-VE petrol yang menghasilkan 106 PS dan 136 Nm. Transmisi automatik penukar tork (torque converter) 4-kelajuan yang lama juga telah digugurkan, kerana ia telah digantikan oleh CVT (D-CVT) Dwi-mod yang lebih canggih.

Baca: 2022 Toyota Avanza serba baharu - transmisi CVT, 'tarik depan', hadir ke Malaysia tahun 2022?

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 03

Berdasarkan barisan model semasa Perodua, adalah wajar untuk mengatakan bahawa Perodua Alza serba baharu akan mendapat ciri keselamatan yang lebih lengkap. Jangkaan awal - 6 beg udara, kawalan kestabilan, dan suite ADAS iaitu Perodua A.S.A akan diberikan.

Perodua Alza masih laku, henti produksi April 2022 - model baru menyusul Mei ini? 04

Namun ada sesuatu yang paling menarik – Perodua Alza serba baharu kini dicanangkan sebagai model Perodua pertama yang akan menawarkan fungsi pautan untuk Android Auto dan Apple CarPlay – jauh mendahului Proton. Jika benar, hal ini membuktikan bahawa Perodua komited untuk berada di hadapan menjadi pengeluar kereta terlaris Malaysia.

Baca: Dah 2021, kenapa Proton belum guna Apple CarPlay/Android Auto? Sebabnya, ‘user data’

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda