window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat?

Haris · Oct 1, 2022 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pastinya Perodua Alza D27A berjaya menghidupkan kembali minat dalam segmen ini. Buktinya, lebih 51,000 rakyat Malaysia mengeluarkan wang mereka untuk membeli satu, mengukuhkan Alza sebagai salah satu MPV 7-penumpang paling popular di negara ini.

Tetapi Perodua Alza akan disertai oleh Honda BR-V 2022 yang sama baharu tak lama lagi, dijadualkan untuk debut di Malaysia akhir tahun ini.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 01

Seperti Perodua Alza, ASEAN NCAP juga menganugerahkan BR-V dengan pengiktirafan 5 bintang penuh dengan skor hampir sempurna untuk Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection). Namun dengan harga tentatif Honda BR-V di Malaysia mungkin bermula dari RM 100k, adakah ini bermakna ia lebih selamat berbanding Perodua Alza?

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 02

Kita bermula dengan markah Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection).

Di sini, Honda BR-V memperolehi 26.98 mata daripada maksimum 32 mata, manakala Perodua Alza memperolehi 28.96 mata.

ASEAN NCAP menyatakan bahawa BR-V memberikan perlindungan yang mencukupi kepada kedua-dua dada penumpang hadapan, tetapi penghuni hadapan berisiko mengalami kecederaan pada dada dan kaki bawah di Perodua Alza. Namun begitu, Alza memintas BR-V dengan Skor Perlindungan Kepala (Head Protection Score) yang lebih baik, sekali gus melonjakkan skor keseluruhannya di hadapan BR-V.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 03

Bagi Perlindungan Penghuni Kanak-Kanak (Child Occupant Protection), Honda BR-V memperoleh 44.53 mata daripada maksimum 51 mata, mengatasi Perodua Alza yang memperoleh 43.04 mata.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 04

Honda BR-V hadir dengan Peringatan Tempat Duduk Belakang

Untuk poin ini, ASEAN NCAP menguji pelbagai tempat duduk kanak-kanak dalam kedua-dua MPV dan menilai BR-V mendahului Alza dari segi pemasangan dan pengesanan kanak-kanak.

Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (Child Presence Detection) ditakrifkan oleh sistem pemberitahuan pada penghujung perjalanan yang memberi amaran kepada pemandu melalui paparan audio dan/atau visual (Periksa Tempat Duduk Belakang).

Honda BR-V menawarkan ciri ini tetapi tidak pada Perodua Alza.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 05

Dalam kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist), Alza memintas kembali dengan mencatatkan sejumlah 19.50 mata daripada maksimum 21 mata. Honda BR-V pula memperoleh 16.50 mata.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 06

Kemenangan Alza dalam kategori ini boleh dikaitkan dengan suite ADAS Perodua ASA 3.0, yang termasuk brek kecemasan autonomi sebagai kelengkapan standard. Alza juga menawarkan Peringatan Tali Pinggang Keledar (Seat Belt Reminder) di keseluruhan varian lalu meningkatkan markahnya.

Sebab utama Honda BR-V mendapat markah lebih rendah adalah kerana ia tidak mempunyai peringatan tali pinggang keledar belakang dan brek kecemasan autonomi (AEB) tidak ditawarkan sebagai standard di seluruh varian.

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 07

Terakhir sekali ialah kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcyclist Safety) yang menyaksikan BR-V mendapat 8.1 mata, mendahului 8.0 mata Alza. Aspek ini ditambah kepada ASEAN NCAP kerana rantau ini mempunyai penunggang motosikal yang paling banyak di dunia.

Baca: ASEAN NCAP akan menilai semula sistem AEB mulai Jan 2021, termasuk keselamatan penunggang motosikal

Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat? 08

Markah keseluruhan untuk Honda BR-V ialah 77.02 mata, manakala Perodua Alza memperoleh 81.64 mata, menjadikan kedua-dua MPV itu mendapat penarafan 5 bintang penuh.

Perodua seperti biasa menerajui aspek keselamatan mendahului pengeluar lain, hasil kerjasama dengan Daihatsu dan Toyota. Namun ia bukan bermakna Honda BR-V generasi kurang selamat berbanding Perodua Alza, cuma ia mendahului dari beberapa ciri keselamatan.

Baca: Honda BR-V 2022 raih permintaan tinggi, akan dieksport ke 8 negara, lagi 22 pasaran menanti

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda