Perodua Aruz bakal tampil dengan warna merah, tidak terhad untuk Toyota Rush sahaja
Faisal · Apr 8, 2021 01:00 PM
0
0
Menjadi kembar kepada Toyota Rush, Perodua Aruz nampaknya akan ditawarkan juga dengan pilihan warna merah.
Berdasarkan sumber yang sahih, warna metallic tersebut bakal dikenali sebagai ‘Passion Red’. Namun begitu, warna istimewa ini hanya akan ditawarkan untuk varian AV sahaja.
Apapun, warna ini dijangka nampak sama seperti warna Red Metallic yang mula ditawarkan pada Toyota Rush sejak minggu lepas.
Selain merah yang diperkatakan, Perodua Aruz didatangkan dengan pilihan warna:
Bagi anda yang belum tahu, Perodua Aruz dan Toyota Rush adalah SUV yang sama tetapi jurang harga diantara mereka mencecah RM 20,000. Walaupun bagaimanapun, Perodua Aruz tetap lebih murah daripada Toyota Rush.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.