Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

Haris · Oct 16, 2020 08:00 PM

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 01

ADAS ialah singkatan bagi Advanced Driving Assist System. Ia merangkumi semua sistem keselamatan aktif di dalam sesebuah kereta dan ia telah menjadi terma automotif yang kerap digunakan sejak tahun 2014.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 02

Perodua adalah pengeluar kereta domestik yang konsisten menawarkan ADAS, diberi nama Perodua A.S.A (Advanced Safety Assist). Sistem Bantuan Pemandu kini ditawarkan pada kesemua barisan model Perodua kecuali model Perodua Axia bawah dari varian AV dan Perodua Alza.

Pengenalan

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 01

Imej perlanggaran Perodua Aruz. Lebih selamat daripada Proton X50?

Secara ringkasnya, Perodua ASA adalah ciri keselamatan yang mengawal kenderaan ketika pemandu leka dan tidak menyedari bahaya di hadapan . Contohnya tidak sempat melakukan brek atau tidak sempat mengelak bahaya di hadapan ketika memandu.

Terdapat 4 elemen A.S.A yang membantu mencegah kemalangan. Berikut adalah senarai dan fungsinya.

Pre-Collision Warning (Amaran Pra-Perlanggaran)

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 02

Fungsi ini memberi amaran bunyi 2 saat sebelum perlanggaran. Ia hanya berfungsi pada kelajuan sekitar 4 - 30 km/j.

Pre-Collision Braking (Brek Pra-Perlanggaran)

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 03

Sekiranya tiada sebarang tindak balas daripada pemandu selepas Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra Perlanggaran akan mengambil alih dan melakukan brek secara automatik.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 04

Perodua Axia dengan ASA 2.0

Sebenarnya, Pre-Collision Braking adalah nama bagi fungsi Autonomous Emergency Braking (AEB). Sistem ini berfungsi dengan menggunakan kamera atau sensor, dimana ia mengesan objek yang sedang menghampiri pada kelajuan rendah (30 km/jam – 65 km/jam). Brek akan diaktifkan untuk mengelak perlanggaran.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 05

Perodua ASA 2.0 terkini mampu mengesan objek yang lebih kecil seperti kanak-kanak melintas ataupun penunggang motosikal

Front Departure Alert

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 06

Fungsi ini diaktifkan apabila kereta berhenti di belakang kereta lain - misalnya di lampu isyarat atau kesesakan lalu lintas. Sekiranya ASA mengesan bahawa kenderaan di hadapan telah tiada dan pemandu tidak bertindak balas, ia akan mengeluarkan amaran.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 07

Fungsi yang bagus untuk mengelakkan pemandu terleka menggunakan telefon pintar dalam kesesakan lalu lintas. Tahukah anda bahawa kesalahan tersebut memerlukan anda ke mahkamah dengan risiko denda sebanyak RM 1,000 atau penjara sehingga 3 bulan?

Pedal Misoperation Control (Kawalan Kesilapan Pedal)

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 08

Fungsi ini menghalang pemandu daripada memilih gear yang salah (selalunya antara R-undur atau D-bergerak) dan memandu secara tidak sengaja ke dinding, bukan sebaliknya. Sekiranya ASA mengesan ada dinding di hadapan, ia akan mengurangkan output enjin dan memberi amaran buzzer kepada pemandu. Kereta masih akan bergerak, tetapi sangat perlahan.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 09

Langgar dinding, benar benar terjadi!

Sebagai rujukan, fungsi ini hanya berfungsi di bahagian depan kenderaan sahaja. Selain itu, ciri ini masih mempunyai kekurangan kerana tidak dapat mengelak sekiranya permukaan di hadapan diperbuat dari kaca atau bahan lutsinar yang lain.

Kesimpulan

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 10

Pre-Collision System, Sistem Bantuan Pemandu oleh Toyota

Tidak semua Sistem Bantuan Pemandu diciptakan sama. Honda Sensing misalnya, merupakan sistem ADAS yang lebih maju dan lebih sesuai dengan iklim dan rupa bentuk Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) secara umum, ikuti artikel ini.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 11

Harus diingatkan, ADAS merupakan bantuan sahaja, pemandu yang berhemah lebih penting dalam mengendalikan kenderaan berbanding kebergantungan terhadap sistem bantuan pemandu. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk memilih kenderaan dengan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) untuk keselamatan jangka panjang.

Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat? 12

Mengenali Perodua yang selalu menawarkan kelengkapan yang lebih dekat dengan rakyat Malaysia seperti pembaca Smart Tag terbina dalam, mungkin Perodua akan turut menawarkan dashcam terbina dalam untuk Perodua D55L yang akan datang? Nyatakan di bahagian komen apa kelengkapan yang dekat dengan anda.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Perodua Axia Standard E 1.0 MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru