window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Haris · Mar 3, 2021 08:00 PM

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 01

Perodua Ativa 2021 kini telah rasmi dilancarkan. Model yang menjadi igauan ramai ini ditawarkan pada harga bermula RM 61,500 hingga RM 72,000.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 02

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV kompak daripada Perodua ini hadir dalam 3 varian iaitu X, H dan AV selain pakej aksesori Gear Up. Model ini disasarkan untuk bersaing dengan SUV segmen B lain seperti Proton X50 dan Honda HR-V.

Baca: Perodua Ativa sama segmen dengan Proton X50 atau tidak?

Aspek trenkuasa Perodua Ativa 2021

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 01

Perodua Ativa 2021 dijana oleh enjin 3 silinder 1.0 liter turbo 1KR-VET DOHC VVT-i yang mencatatkan sehingga 98 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi D-CVT yang pertama kali digunakan dalam barisan model Perodua.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 02

Persoalan anda kini terjawab

Bukan itu sahaja, enjin tersebut mempunyai kadar penggunaan minyak serendah 5.29 liter / 100 km (18.9 km / liter) mengikut ujian ECE. Malah, 1KR-VET adalah enjin turbo pertama yang digunakan oleh Perodua.

Rekaan luar yang moden 

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 03

Seperti yang ramai sedia maklum, Perodua Ativa 2021 dibangunkan berdasarkan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Kedua-duanya adalah model yang dipasarkan di Jepun justeru penampilan Perodua Ativa turut terkesan dengan citarasa moden negara maju.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 04

Rekaan yang berkotak dipadankan dengan gril hadapan yang bersepadu dengan lampu hadapan LED tampil berbeza dengan kembarnya. Selain itu, pada bahagian sisi pula kelihatan tiang C yang agak tebal dan terdapat 2 warna yang didatangkan dengan 2 tona.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 05

Bercakap mengenai 2 tona, Perodua Ativa 2021 akan ditawarkan dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Delima Red dan Pearl Diamond White.

Warna 2 tona bumbung hitam seperti yang tertera hanya eksklusif kepada varian AV berwarna Pearl Delima Red dan Pearl Diamond White.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 06

Melengkapi reka bentuk moden ini adalah rim aloi 16 inci berwarna perak untuk varian X manakala varian H dan AV menggunakan rim aloi 17 inci dua tona.

Apa yang menarik pada penampilan Perodua Ativa 2021 secara keseluruhan adalah rekaan bumbung yang lebih mendatar; berlainan daripada sesetengah SUV yang mempunyai rekaan bumbung cerun gaya coupe.

Rekaan dalaman - kemas bergaya

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 07

Segala-galanya juga baru pada kabin dalaman. Perodua Ativa 2021 ini menggunakan rekaan stereng gaya 'hollow spoke' pada jejari bawah, pertama kali digunakan pada Perodua. 

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 08

Kesemuanya juga digital dengan panel instrumen meter 7 inci digital (hanya untuk varian H dan AV) dan skrin infotainment digital 9 inci jenis terapung. Tiada fungsi Android Auto dan Apple Carplay yang diberikan tetapi ia boleh dikawal dengan suara menggunakan aplikasi Smartlink!

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 09

Selain itu, pelarasan penyaman udara juga menggunakan butang dan bukannya tombol pusing-pusing tu! Ia juga turut mempunyai fungsi memori suhu sehingga 2 memori untuk kemudahan penumpang.

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 10

Pada bahagian konsol tengah, tombol gear D-CVT turut menampilkan mod sport / manual untuk memberikan ciri-ciri pemanduan yang jauh lebih baik berbanding kesemua model Perodua lain.

Baca: Pandu uji media Perodua Ativa - model Perodua terbaik setakat ini?

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 11

Perincian menarik yang boleh didapati pada Perodua Ativa 2021 adalah konsol tengah mempunyai ruang simpanan 2 tingkat dan panel instrumen meter digital mempunyai pilihan 4 tema dan boleh memaparkan peringatan seperti tarikh hari lahir dan tarikh ulangtahun.

Ciri Keselamatan

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 12

Kesemua varian Perodua Ativa 2021 akan dilengkapi dengan suite ADAS dari Perodua yang dipertingkat iaitu Perodua A.S.A 3.0.

Suite ini merangkumi fungsi Pre-Collision Braking (PCB), Pre-Collision Warning (PCW), Pedal Misoperation Control (PMC), Front Departure Alert (FDA), dan Lane Departure Warning (LDW).

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 13

Ciri tambahan pada varian H dan AV adalah Adaptive headlights (Adaptive Driving Beam) manakala fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) hanya terdapat pada varian AV sahaja.

Baca: Wow, Perodua D55L ada lampu LED adaptif! Ini ciri kereta RM 100k ke atas!

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 14

Perodua juga kini menampilkan kamera papan pemuka (dashcam) terbina. Tak perlu pasang dashcam sendiri! Namun, 1 ciri yang sinonim dengan rakyat Malaysia masih menjadi tanda tanya. Mana Smart Tag?

Pilihan aksesori Gear Up

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k! 15

Seperti model Perodua yang lain, tambahan aksesori Perodua Gear Up juga bakal ditawarkan untuk Perodua Ativa 2021. Tambahan aksesori ini termasuklah kit badan Blaze, sarung kerusi Blaze, plat pada bingkai pintu dan banyak lagi. Baca senarai aksesori Perodua Gear Up di sini.

Bacaan lanjut: 

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda