Perodua Ativa 2021: Kurang dari RM 3.2k untuk servis lebih 5 tahun/100,000 km!
Mersita · Feb 6, 2022 08:00 PM
0
0
Pelancaran Perodua Ativa 2021 hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, namun ada satu persoalan yang sering timbul: Berapakah kos penjagaan Perodua Ativa sepanjang tempoh 5 tahun/100,000 km?
Tanpa membuang masa, kami akan kupas satu persatu.
Kos keseluruhan untuk servis Ativa anda sepanjang tempoh 5 tahun/100,000 km ialah RM 3,177.90. Harga ini termasuk kos upah ‘labour’ berserta SST 6%.
Pertama kali anda akan menerima bil servis yang kosnya agak tinggi ialah pada servis 24 bulan/40,000 km, iaitu RM 423.12. Kenaikan kos pada servis ini berpunca dari penukaran penapis udara/’air filter’ (RM 53.80), cecair brek/’brake fluid’ (RM 28), dan penyejuk/’coolant’ (RM 51.60).
Perlu diingatkan bahawa servis paling mahal akan tiba pada servis 84 bulan/100,000 km, dengan kos RM 841.40. Kos terbesar di sini datang daripada ‘spark plug’ baru (RM 471.90) dan cecair CVT (RM 97.50).
Bergantung kepada varian, Ativa dipasang dengan dua saiz tayar berbeza:
205/65R16 (varian X sahaja)
205/60R17 (varian H dan AV)
Dari segi harga, kita boleh jangkakan kosnya adalah antara RM 200 - RM 470 bagi setiap unit tayar 16 inci, dan sekitar RM 300 - RM 500 bagi setiap unit tayar 17 inci. Nak satu set? Darab 4.
Kuasanya datang daripada enjin 1.0 liter berpengecas turbo (1KR-VET, 98 PS/140 Nm) yang dipadankan dengan Dual-mode CVT (D-CVT) – kombinasi yang julung kali dilihat dalam barisan kenderaan Perodua.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.