window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli?

Faisal · Mar 6, 2021 12:00 PM

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 01

Semalam, Perodua Ativa telah dilancarkan secara rasmi. Berbanding model-model Perodua yang sebelumnya, SUV yang cukup dinantkan ini jauh lebih canggih. Dengan enjin 1.0L turbo, Perodua Ativa sebenarnya mengingatkan kami kepada Nissan Almera.

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 02

Walaupun berada pada kategori yang berbeza, kedua-dua kereta datang dengan format trenkuasa yang sama, iaitu enjin 1.0L turbo 3 silinder yang dipadankan dengan transmisi CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan itu, apa kata kita bandingkan diantara mereka.

Harga

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 01

Untuk varian teratas, Nissan Almera VLT bermula dari harga RM 93,310, manakala Perodua Ativa 1.0 AV pula bermula dari RM 72,000. Harga sahaja sudah memihak kepada Perodua Ativa kan?

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 02

Trenkuasa

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 03

Enjin Nissan Almera menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork. Enjin Perodua Ativa pula menghasilkan 98 PS dan 140 Nm tork.

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 04

Dari segi transmisi, kedua-dua saingan ini menggunakan jenis CVT. Tetapi D-CVT (Dual-mode CVT) yang diguna pada Perodua Ativa sebenarnya lebih canggih.

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 05

Ia menggunakan set gear fizikal pada kelajuan sederhana dan tinggi untuk pemanduan yang lebih bertenaga dan efisien.

Sewaktu ujian kami tempoh hari, Nissan Almera berupaya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 11.7 saat. Untuk maklumat anda, ia lebih laju daripada Toyota Vios yang datang dengan enjin 1.5L aspirasi natural. Untuk pecutan Perodua Ativa pula, tunggu uji pandu kami tidak lama lagi!

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 06

Walaupun Perodua Ativa kekurangan dari segi kuasa, beratnya hanyalah 1,035 kg. Sebagai perbandingan, Nissan Almera membawa berat sebanyak 1,114 kg.

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 07

Dari segi ujian penjimatan minyak, Nissan Almera sebenarnya di tangga teratas untuk WapCar. Ia boleh mencatat penggunaan petrol serendah 5.8 liter/100 km. Menurut Perodua pula, Ativa mampu melakukan serendah 5.29 liter/100 km. Kalaulah dapat angka sebegini, ia akan menjadi kereta paling menjimatkan minyak yang pernah kami uji.

Sistem bantuan pemandu ADAS

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 08

Nissan Almera VLT datang dengan kawalan pelayaran. Tetapi, Perodua Ativa AV lebih mengagumkan kerana ia datang terus dengan jenis adaptif (Active Cruise Control).

Ciri keselamatan
  Perodua Ativa 1.0 AV Nissan Almera 1.0 VLT
ABS
HSA
VSC
6 beg udara
ACC
LKC
BSM
RCTA

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 09

Selain itu, Perodua Ativa juga ditawarkan dengan lampu depan LED jenis adaptif. Untuk harga ini, ia agak menakjubkan.

Praktikaliti

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 10

Ruang but pada Nissan Almera.

Dari sudut ini, Nissan Almera mempunyai kapasiti but seluas 482 liter. Kapasiti but pada Perodua Ativa pula hanyalah seluas 369 liter. Jadi, Nissan Almera ada kelebihan dalam aspek ini walaupun ia sebenarnya paling kecil untuk kategori sedan segmen B.

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 11

Kerusi belakang pada Perodua Ativa yang boleh dilipat 60:40.

Jika kerusi belakang dilipat, sudah tentu anda dapat ruang but yang lebih luas. Tetapi zaman sekarang, hampir semua kereta ada ciri ini.

Konklusi

Perodua Ativa 2021 vs Nissan Almera – kereta 1.0L turbo mana yang patut anda beli? 12

Situasi untuk pembeli memilih diantara Nissan Almera atau Perodua Ativa mungkin jarang berlaku kerana harga diantara mereka cukup berbeza. Cumanya, agak menarik untuk bandingkan diantara saingan yang menggunakan format enjin yang sama.

Dengan nilai yang ada pada Perodua Ativa, pasaran sedan, hatchback, dan SUV di segmen B di Malaysia dijangka terganggu. Oleh itu, apa kata anda ke bilik pameran Perodua untuk menilai sendiri SUV tempatan yang terbaru ini.

Juga baca:

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Perodua Ativa 2021 tiada giliran menunggu berbulan-bulan, boleh dapat secepat mungkin!

Mitos atau fakta – Perodua Ativa (D55L) ada tayar ganti ataupun tidak?

Perodua Ativa 2021 dilancarkan - 1.0L Turbo, D-CVT, harga bermula dari RM 62k!

Aksesori Gear Up untuk Perodua Ativa 2021, kasi tambah kit nampak lagi garang!

Kit keselamatan standard Perodua Ativa 2021 lebih banyak daripada Proton X50!

Perodua Ativa 2021: Varian X, H, AV - yang mana patut anda beli?

Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Kenapa Perodua Ativa (D55L) tak guna Direct Shift CVT dari Toyota? – Ini sebabnya

Mana lagi baloi beli, Perodua Ativa (D55L) vs Proton X50 vs Toyota Vios?

Ujian pecutan 0-100 km/j Perodua Ativa (D55L) mampu saingi Proton X50 Flagship?

Platform DNGA Perodua Ativa (D55L) – pengendalian, perjalanan lebih selesa dari Proton?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda